Porgram Subsidi Upah 2.0 PERKESO Ditambah 3 Bulan Lagi Dengan RM600 Sebulan

Home » Bantuan » Porgram Subsidi Upah 2.0 PERKESO Ditambah 3 Bulan Lagi Dengan RM600 Sebulan

Berdasarkan pengumuman oleh Perdana Menteri kita dalam Kita Prihatin tadi, Program Subsidi Upah 2.0 akan dilanjutkan untuk semua majikan yang layak selama (3) tiga bulan lagi dengan kadar subsidi RM600 sebulan bagi setiap pekerja

Objektif program ini adalah, Menggalakkan pengekalan pekerja dan mengurangkan kehilangan pekerjaan melalui penambahbaikan program subsidi upah sedia ada.

Manfaat Program Subsidi Upah 2.0

Subsidi upah akan memberi manfaat kepada 1.3 juta pekerja di Malaysia dengan kuantum nilaian sebanyak  RM2.4 bilion, dengan manfaat kepada 160000 majikan.

Ciri-Ciri Program Subsidi Upah 2.0 (PSU)

  • Pertama : subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas, iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30% berbanding tahun lepas
  • Kedua : Subsidi Upah 2.0 diberi sehingga 3 BULAN pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja; dan
  • Ketiga : Permohonan dibuka dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2020
  • Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah sebelum ini, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga 6 BULAN.

Contoh situasi:

Cara Permohon Program Subsidi Upah

Semua permohonan boleh dirujuk ke laman rasmi perkeso ini psu.perkeso.gov.my, kami akan kemaskini jika ada pengemuman baru dari official web perkeso kelak.

  • Permohonan dibuka dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2020

Perbezaan ERP & Program Subsidi Upah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: 03- 4264 5555 / 03- 8091 5100 / 1-300-22-8000 atau emel ke [email protected].

Sumber Rujukan :

Penafian – Semua yang admin share diatas hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Porgram Subsidi Upah 2.0 PERKESO Ditambah 3 Bulan Lagi Dengan RM600 Sebulan” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!