Program saringan kesihatan ini membolehkan individu menjalani rawatan penyakit sedari awal sekaligus membantu meningkatkan peluang seseoran individu itu untuk sembuh.
Senarai Kandungan
Objektif program
Melalui program ini, penduduk Selangor yang layak dapat menjalani saringan kesihatan bagi tiga kategori penyakit berikut:
- Penyakit tidak berjangkit termasuklah penyakit jantung, kencing manis, darahtinggi dan buah pinggang.
- Penyakit kanser termasuklah kanser kolorektal, prostat, serviks dan payudara.
- Penyakit berkaitan mata seperti rabun, glaukoma dan retina.
Jenis-jenis penyakit disaring
Kategori A: Penyakit Tidak Berjangkit
- Jantung
- Darah Tinggi
- Kencing Manis
- Buah Pinggang
Kategori B: Kanser
- Kolorektal
- Prostat
- Serviks
- Payudara
Kategori C: Mata
- Rabun
- Glaucoma
- Retina
Syarat kelayakan
Untuk makluman, program ini bukanlah untuk kesemua rakyat Selangor sebaliknya individu-individu yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, faktor keturunan dan lain-lain.
Program ini juga boleh disertai oleh mereka yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit yang dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring ini.
Sekiranya anda mempunyai ibu bapa atau kenalan yang tergolong dalam kategori individu yang layak untuk program saringan ini, sila maklumkan pada mereka untuk mendaftarkan diri.
Cara pendaftaran
Pendaftaran bagi program Selangor Saring ini boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah mulai 6 Mei 2022.
Program ini boleh didapati melalui laman sesawang rasmi program ini di alamat https://selangorsaring.selangkah.my/
Maklumat lanjut
- Talian Hotline Selcare di talian 1-800-22-6600
- Telegram Khidmat Pelanggan Selangkah di pautan https://t.me/SELANGKAHMY_bot