Program Sayangi Rumahku: Bantuan Rumah Tanpa Bayaran


Jom Mohon! Program Sayangi Rumahku ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang mereka.

Konsep Program Sayangi Rumahku ini ialah program bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada baik pulih atau bina baru rumah.

Program Sayangi Rumahku: Bantuan Rumah Tanpa Bayaran 1

Kategori Sayangi Rumahku


Bagi Baik Pulih Rumah, bantuan akan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah namun mempunyai mereka masalah ekonomi untuk membaiki rumah mereka.

Skop bantuan Baik Pulih Rumah pula hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina atau baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj, perigi dan lain-lain lagi.

Untuk Bina Baru Rumah, bantuan diberikan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur, tidak selamat diduduki atau mereka mempunyai masalah dari aspek ekonomi.

3 jenis Bantuan Bina Baru Rumah iaitu:

  • Bina Baru 1 Bilik

Program Sayangi Rumahku: Bantuan Rumah Tanpa Bayaran 2

  • Bina Baru 2 Bilik

Program Sayangi Rumahku: Bantuan Rumah Tanpa Bayaran 3

  • Bina Baru 3 Bilik

Program Sayangi Rumahku: Bantuan Rumah Tanpa Bayaran 4

Syarat Permohonan

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan berkahwin.
  2. Pemohon berumur 45 tahun ke atas dan menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam Negeri Perak.
  3. Pemohon berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu atau Ketua Kampung.
  4. Status tanah kediaman pemohon adalah hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baru).
  5. Pemohon belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain.
  6. Status pemilikan rumah adalah rumah sendiri (bagi permohonan Baik Pulih)

Cara Mohon

  1. Dapatkan borang permohonan Program Sayangi Rumahku secara percuma di:
    • Pejabat Yayasan Perak
    • Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial)
    • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
    • Pejabat Daerah atau Pejabat Penghuluv) Muat Turun menerusi link ini >>> KLIK DISINI
  2. Isi maklumat di dalam borang permohonan dengan betul dan lengkap.
  3. Dapatkan perakuan dan pengesahan daripada:
    • Ketua Kampung
    • Penghulu
    • Ahli Parlimen/ADUN/Pemimpin Setempat
  4. Hantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke:

Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Atau

Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan)
No.26C, Persiaran Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pasangan/waris dan tanggungan.
  3. Penyata pendapatan pemohon.
  4. Penyata pendapatan pasangan/waris.
  5. Surat akuan bersumpah kebenaran semua pemilik tanah.
  6. Salinan Kad Pengenalan semua Pemilik tanah

Pertanyaan Lanjut

Sila hubungi pihak Yayasan Perak di talian 05-246 0998.


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3