Untuk makluman, kerajaan telah mengumumkan bantuan Program Rebat Bil Elektrik bermula pada 2 Januari 2021 lalu. Program ini melalui sistem eKasih iaitu menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Julai 2020 dalam penentuan status kemiskinan terkini.
Program Rebat Bil Elektrik RM40 bakal diberikan kepada anda yang berpendapatan RM1,169 secara prurata nasional.
Jadi ini adalah peluang terbaik untuk anda memohon rebat bil elektrik bagi menjimatkan kos anda bil elektrik anda.
Kami dari Portal Malaysia ingin berkongsi bantuan Program Rebat Elektrik RM40.
Baca Juga : SMUE 2.0 (Skim Mesra Usia Emas): Bantuan RM100 Untuk Warga Emas 2021
BANTUAN PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40
Melalui Program ini, pengguna yang layak untuk menerima:
- Bil elektrik secara percuma sehingga RM40 sebulan selama setahun.
- Bermula daripada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
SYARAT KELAYAKAN
- Pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang telah disenaraikan dan disahkan dalam sistem eKasih.
- Penerima yang layak untuk menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2021.
- Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut secara sendiri.
- Hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat ini bagi setiap KIR dalam kumpulan miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.
- Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.
- Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar)
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil pada tahun sebelum.
- Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemaskini nombor akaun dan;
- Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus dari akaun pengguna.
SEMAKAN KELAYAKAN
Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat semakan di Portal keTSA melalui pautan berikut:
https://semakanrebat.ketsa.gov.my/apps/public/index.php
Hanya pemohon di bawah kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih akan menerima bantuan di bawah Program Rebat Bil Elektrik RM40.
Baca Juga : Semak Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 2021
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian hotline:MyGCC : 03-8000 8000
Tenaga Nasional Berhad (TNB) : 1-300-88-5454
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) : 088-515000 15454
Sarawak Energy Berhad (SEB) : 1-300-88-3111
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.