Program Pengajian Tajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuka peluang pengajian ke peringkat tinggi kepada semua Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021.

Mereka yang berminat boleh membuat semakan syarat kelayakan untuk memohon Program-Program Penajaan JPA.

Baca juga:

Senarai Program Tajaan JPA:


Berikut adalah program-program dibawah penajaan JPA untuk calon SPM 2021:

1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ):

Program Pengajian Tajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021 1

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Syarat Kelayakan:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan / atau bapa pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Pemohon mestilah tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Pemohon mestilah berumur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Cara Permohonan:

Untuk memohon, sila rujuk laman sesawang JPA.

Tarikh Permohonan Dibuka:

Permohonan boleh dibuat mulai 16 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.

Maklumat Lanjut:

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM):

Program Pengajian Tajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021 2

Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Penajaan secara berpakej daripada peringkat persediaan hingga Ijazah Pertama akan ditawarkan bagi calon yang layak.

Syarat Kelayakan:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan / atau bapa pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Pemohon mestilah tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Pemohon mestilah berumur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  6. Keutamaan diberikan kepada calon daripada latarbelakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

Cara Permohonan:


Untuk memohon, sila rujuk laman sesawang JPA.

Tarikh Permohonan Dibuka:


Permohonan boleh dibuat mulai 20 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.

Maklumat Lanjut:


Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

3. Program Penajaan Nasional (PPN):


Program Pengajian Tajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021 3

Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2022 adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikut pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK).

Syarat Kelayakan:


  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan / atau bapa pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Pemohon mestilah tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Pemohon mestilah menduduki SPM 2021 buat kali pertama.
  6. Pemohon mestilah seorang berumur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Cara Permohonan:


Untuk memohon, sila rujuk laman sesawang JPA.

Tarikh Permohonan Dibuka:


Permohonan boleh dibuat mulai 20 Jun 2022 sehingga 26 Jun 2022.

Maklumat Lanjut:


Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3