Home » Pendidikan » PJJ UUM – Informasi & Cara Mohon Program Pendidikan Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia

PJJ UUM – Informasi & Cara Mohon Program Pendidikan Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia

Disini kami ingin kongsikan mengenai Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dapat meningkatkan pendidikan yang lebih tinggi kepada anda dan ia merupakan sebahagian daripada tahap awal pendidikan maya di negara Malaysia.

Program ini merupakan pendidikan yang inovatif untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajarannya tetapi menghadapi cabaran dan program ini merupakan salah satu peluang kepada para pelajar membuat pilihan untuk pempelajari dengan cara yang berbeza dan mengikuti pengajian tinggi sehingga peringkat ijazah.

Oleh itu, ia dapat meluaskan perkongsian ilmu kepada masyarakat supaya dapat meningkatkan kadar pengeluaran pekerja terlatih dan berpendidikan tinggi dan ianya juga bertujuan untuk membawa pendidikan tinggi ke kawasan luar bandar, lagi-lagi kepada mereka yang sedang bekerja sama ada kerajaan atau swasta untuk meningkatkan pengetahuan, kebolehan dan kelulusan mereka.

Untuk perkongsian lebih lanjut tentang Pendidikan Jarak Jauh, sila baca teks seterusnya

Program PJJ  UUM Ijazah (Degree)

Untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, sudah pastinya pilihan pertama yang harus didahulukan adalah program yang ingin diikuti dan diminati supaya dapat menguasai ilmu  dan mudah untuk mencari kerjaya anda kelak.

Berikut adalah Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang ditawarkan di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang boleh anda ikuti:

🎓Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian [BPM(Hons)]

🎓Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian [BBA(Hons)]

🎓Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian [BComm(Hons)]

🎓Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam dengan Kepujian [BIFB(Hons)]

🎓Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dengan Kepujian [BCIM(Hons)]

Permohonan Online PJJ UUM

💻Setelah melihat program yang ditawarkan, adakah program tersebut menepati keinginan anda? Jika ya, apa lagi apply sekarang!

💻Untuk melanjutkan pelajaran secara jarak jauh dan ingin memilih program PJJ yang terbaik, and boleh  mendaftar PJJ UUM dan  membuat permohonan secara online di www.pace.uum.edu.my

💻Anda juga boleh mengisi borang ini untuk permohonan kemasukan program PJJ [borang permohonan semester Julai 2020] .

💻Pendaftaran untuk PJJ ini dibuka sekarang bagi kemasukan Julai 2020/21! cepat dapatkan peluang pengajian anda!

Yuran PJJ UUM

Memandangkan PJJ UUM ini ditawarkan kepada kepada pelajar sepenuh masa mahupun bekerja sambil belajar. Oleh itu, pihak UUM membuat inisiatif untuk memudahkan pelajarnya untuk membayar yuran yang dikenakan dengan pelbagai kaedah pembayaran, jadi ia dapatkan menggalakkan masyarakat untuk meluaskan pengetahuannya kerana kemudahan kaedah pembayaran yuran ini. Berikut adalah kaedah yuran pengajian yang boleh digunakan membuat pembayaran:

💰Bayaran Yuran Ansuran

💰Pengeluran daripada akaun KWSP

💰Pinjaman PTPTN

💰Pinjaman JPA

Tersebut adalah cara pembayaran yuran pengajian yang boleh anda buat dan bersesuaian dengan kelayakkan anda. Untuk informasi yuran pengajian yang lebih lanjut dan contoh pengiraan bayaran yuran untuk satu semester, anda boleh lihat di laman web PJJ UUM [klik disni]

Keistimewaan PJJ UUM

Berikut adalah keistimewaan bagi program PJJ seperti bahasa yang digunakan, pengiktirafan, kemudahan pusat pembelajaran dan pendaftaran kemasukan yang diambil yang agak menarik dan memudahkan pelajar PJJ:

🎁Penggunaan Modul Bahasa Melayu

🎁Program DIIKTIRAF oleh MQA

🎁Kemudahan PINDAH dan TUMPANG Pusat Pembelajaran

🎁Pendaftaran kemasukan JANUARI, APRIL, JULAI & OKTOBER

Kaedah Pembelajaran

Memandangkan ia adalah program pendidikan “jarak jauh”, UUM membuat inisiatif untuk memudahkan pelajarnya untuk komunikasi dan meringankan pergerakan fizikal sepanjang tempoh pembelajaran. Antara kaedah pembelajaraan bagi PJJ UUM adalah seperti berikut:

📕Pertemuan kuliah diadakan 4 kali dalam satu semester

📕Kuliah akan dijalankan sebulan sekali pada hujung minggu

📕Kuliah diadakan di 14 pusat pembelajaran PACE UUM

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh ke rujuk di:

📍Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman

Waktu pejabat :
🕗Ahad – Rabu : 8.00am – 5.00pm
🕗Khamis : 8.00am – 3.30pm

📧Email : [email protected]

☎️Telefon : +604 928 4628 / 4617

📱Whatsapp : 019 590 6855 / 019 590 8544 / 019 427 8189

Disclaimers – Bahan artikel admin share dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “PJJ UUM – Informasi & Cara Mohon Program Pendidikan Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!