Berita Baik! Penjawat awam di seluruh negara boleh mendapatkan pembiayaan insurans dengan tempoh bayaran balik sehingga 10 bulan menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia melalui platform myezycover.com..
Usaha ini akan membantu penjawat awam membantu mengurangkan tekanan kewangan terutamanya setiap kali mereka memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan.
Faedah Pembiayaan
- Kemudahan pembaharuan polisi insurans kenderaan dan cukai jalan melalui pembiayaan tanpa faedah atau sifar peratus.
- Penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan dan cukai jalan tanpa apa-apa bayaran pendahuluan.
- Bayaran balik pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan, melalui Skim Potongan Gaji ANGKASA (SPGA).
- Penjawat awam boleh memperbaharui insurans kenderaan di hujung jari dengan ‘Mudah, Jimat dan Pantas’ dalam tempoh lima minit.
- Pembiayaan ini berlandaskan konsep patuh syariah Qardhul Hasan, yang merupakan pinjaman tidak membabitkan faedah atau unsur riba.
Cara-cara
- Sila layari laman web https://myezycover.com.my/.
- Klik pada butang ‘Sebutharga.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Dapatkan Sebutharga.’
- Pilih tawaran sebutharga yang terbaik untuk anda.
- Akhir sekali, sila buat bayaran.
Maklumat Lanjut
Boleh layari laman web https://myezycover.com.my/.