Program Keusahawan Sosial KBS Untuk Belia Kini Dibuka Untuk Permohonan

Social Entrepreneurship for Rural Youth (SERY) adalah program dibawah Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Tujuan program adalah untuk membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial dalam usaha mengupayakan belia agar dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.

Dalam program ini, anda akan dapat latihan, bimbingan dan pementoran yang akan dilaksanakan 6 bulan.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:


Permohonan dibuka sehingga 31 Julai 2022.

Syarat Kelayakan:


Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  1. Pemohon mestilah antara 18 sehingga 30 tahun.
  2. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  3. Setiap kumpulan dikehendaki mencadangkan satu idea keusahawanan sosial yang boleh menangani masalah sosial.
  4. Penyertaan berkumpulan (minimum 3 orang dan maksimum 5 orang).
  5. Idea keusahawanan sosial pemohon haruslah tergolong dalam salah satu kategori di bawah:
  • Pembangunan Komuniti.
  • Pendidikan.
  • Alam Sekitar.

Cara Permohonan:


Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon:

Langkah 1: Layari pautan pendaftaran.

Langkah 2: Baca syarat penyertaan dan klik butang ‘Next.’

Langkah 3: Isi maklumat pendaftaran yang ditetapkan.

Langkah 4: Pastikan semua maklumat diisi.

Langkah 5: Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar penyertaan.

Maklumat Lanjut:


Untuk maklumat lanjut, sila layrai laman sesawang portal SERY.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3