Home » KWSP » Cara Mohon Program Kasih Suri Keluarga Malaysia PERKESO / KWSP 2022

Cara Mohon Program Kasih Suri Keluarga Malaysia PERKESO / KWSP 2022

Berita Baik! Kerajaan telah menyediakan RM80 juta menerusi Program Kasih Suri Keluarga Malaysia, khusus untuk perlindungan sosial kepada suri rumah dan balu sehingga usia 55 tahun.

Apakah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia?

I) KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA PERKESO

Kerajaan terus membantu rakyat menerusi Bajet 2022 melalui inisiatif seperti program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang memberi perlindungan terhadap suri rumah dan balu, dengan peruntukan berjumlah RM80 juta.

Melalui program ini, suri rumah dan balu akan mendapat perlindungan PERKESO melalui bantuan faedah yang ditawarkan seperti untuk golongan bekerja.

Tarikh Pelaksanaan

Program ini akan dilaksanakan pada tahun 2022.

II) PROGRAM I-SURI KWSP

Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri KWSP.

i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

Antara kelebihan i-Suri KWSP juga termasuklah:

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500

** tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

Baca juga: Insentif RM480 Setahun Untuk Suri Rumah

Cara Pendaftaran i-Suri KWSP

Anda boleh membuat permohonan iSuri KWSP melalui langkah berikut:

  1. Muat turun borang KWSP 16G(M) – PERMOHONAN CARUMAN SUKARELA (INSENTIF KERAJAAN) melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/documents/20126/
  2. Sila Cetak dan isikan borang dengan lengkap.
  3. Bawa ke pejabat / kaunter KWSP untuk disahkan dan hantar.

Maklumat Lanjut

Ikuti laman sosial PERKESO & KWSP untuk info dan pengumuman terkini tentang program ini:

PERKESO

Laman web https://www.perkeso.gov.my/ 

KWSP

Laman web https://www.kwsp.gov.my/ 

Disclaimers – Semua artikel kami share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Mohon Program Kasih Suri Keluarga Malaysia PERKESO / KWSP 2022” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes