Program JUMPER PUNB sesi Februari 2022 telah pun dibuka bermula pada bulan Disember 2021 ini.
Senarai Kandungan
Program JUMPER PUNB
Sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.
Ianya mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Kelebihan Program JUMPER PUNB
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
Program JUMPER PUNB ini bakal menawarkan kelebihan-kelebihan di bawah bagi graduan muda bumiputera yang terpilih:
- Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
- Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan
- Perantis berpeluang untuk mempelajari ilmu perniagaan dari Mentor yang berpengalaman.
- Kursus keusahawanan yang relevan diterapkan sepanjang latihan bagi meningkatkan ilmu perniagaan selari dengan era masa kini.
- Pembiayaan patuh syariah
- Pembiayaan RM100,000 hingga RM400,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak selepas tamat latihan.
Syarat Kelayakan
- Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
- Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih.
- Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri.
- Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran.
- Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).
- Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan.
- Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.
Tarikh Permohonan
Tarikh akhir permohonan bagi sesi Februari 2022 adalah pada 31 Disember 2021
Cara Memohon
- Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang di https://www.punbbiz.com.my/jumper atau imbas kod QR di dalam poster di atas.
- Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB.
- Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
- Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
- Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
- Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.
- Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses.
Proses Permohonan
Proses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti turutan di bawah:
- Peserta mendaftar dan disaring.
- Menghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).
- Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek.
- Proses penempatan & kelulusan.
- Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan.
- Peserta lapor diri & latihan bermula.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari
- layari laman sesawang di www.punbbiz.com.my/
- Lawati laman rasmi Facebook PUNB
- Emel ke [email protected]
Related Posts
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- SPA Buka Pengambilan 785 Jawatan Kosong Terkini Seluruh Malaysia ~ Minima SPM Layak Mohon! / Gaji RM1,500 – RM4,005
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan
- Wang Tak Dituntut – Ramai Yang Dah Buat Tuntutan eGumis ~ Wang Milik Anda Yang Anda Tidak Sedari