Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Portal Malaysia
No Result
View All Result
Home Bantuan

Cara Mohon Program Geran Agropreneur Muda (GAM)

Menyediakan bantuan geran barangan bernilai sehingga RM20,000, dan Pembiayaan Khas Agropreneur Muda iaitu pinjaman sehingga RM200,000.

portalmalaysia by portalmalaysia
October 22, 2020
in Bantuan, Permohonan
Reading Time: 2min read
0
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger

Program Geran Agropreneuer Muda (GAM) ini merupakan pembiayaan yang ditawarkan kepada golongan muda bagi menjalankan operasi dalam industri agro. Pembiayaan ini ditawarkan adalah bertujuan untuk menyelaras dan memudah cara program/aktiviti Jabatan/ Agensi di bawah MOA dan/atau swasta di dalam dan di luar negara.

Melalui program ini, ia bermatlamat untuk mengubah persepsi dan menarik minat generasi muda terhadap bidang pertanian dan industri asastani dengan memberikan latihan, bimbingan dan khidmat perundingan serta sokongan teknikal, kewangan dan pemasaran secara berpakej.

ArtikelBerkaitan

Tarikh Jadual Bayaran i Lestari KWSP Mac 2021 – Jadual Baru

Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat. BPR Fasa 1 Dah Masuk!

Surat Rasmi – Contoh Format Surat Yang Betul 2021

Selain itu, ia bermatlamat untuk membangunkan modul pakej keusahawanan berasaskan industri pertanian mengikut kerasian dan kehendak generasi muda agar dapat menjana pendapatan tinggi dalam kalangan Agropreneur Muda.

Baca perkongsian di bawah tentang Program Geran Agropreneur Muda GAM dan cara untuk membuat permohonan :

Syarat Permohonan GAM

Di bawah ialah syarat permohonan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan pembiayan dari Program Geran Agropreneur Muda (GAM) ini :

✅Pemohon mestilah warganegara Malaysia

✅Golongan belia berumur 18 tahun – 40 tahun

✅Tidak mengira latar belakang pendidikan

✅Belia yang baru memulakan projek, wajib mengikuti program latihan teknikal anjuran Jabatan dan Agensi Berkaitan

✅Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada

📌Permohonan menggunakan borang UAM0 1/14 (pin 1/16) dan setiap pemohon layak membuat satu permohonan sahaja.Borang permohonan boleh didapati di laman sesawang MOA

Jenis Bantuan

di bawah ialah jenis bantuan yang akan diberikan dari Program Geran Agropreneur Muda (GAM ) ini :

🖋Khidmat nasihat teknikal dan latihan

🖋Kategori projek permulaan
Geran berbentuk barangan (in kind Contribution)

🖋Kategori projek pembangunan Pakej khas pembiayaan bagi pengembangan projek pertanian sedia ada daripada Agensi pembiayaan seperti berikut

☑️Agro Bank – RM 50,000 hingga Rm 200,000 bagi setiap projek

☑️TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000 bgai setiap projek

Skop Program

Dibawah ialah jenis skop program yang akan ditawarkan kepada anak muda yang memnusi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut sub sektor seperti berikut :

🌴Tanaman

🐣Ternakan

🐟Perikanan

👩🏽‍🌾Industri Asas Tani

Cara Mohon

Bagi anak muda yang ingin membuat permohonan pembiayaan dari Program Geran Agropreneur Muda (GAM) ini anda boleh ikuti langkah di bawah :

0️⃣1️⃣Sila ke laman web rasmi LPP Bahagian Pembanguan Usahawan

0️⃣2️⃣Klik pada bahagian Borang Pembangunan Keusahawanan Lembaga Pertubuhan Peladang atau Klik Disini

0️⃣3️⃣Pilih “Program Geran Entrepreneur Muda GAM” sebagai permohonan utama

0️⃣4️⃣Isi semua maklumat yang diminta dan klik butang “Submit”

Maklumat Lanjut

Semoga perkongsian di atas dapat memberikan manfaat dan sedikit info kepada anak muda untuk memasuki bidang pertanian dan memudahkan anda medapatkan pembiayaan melalui program ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi atau rujuk Lembaga Pertubahan Peladang :

📍Menara LPP, No 20
Jalan Sultan Salahudin
50480 Kuala Lumpur

☎️03-26109600

📠03-26970987

Penafian – Bahan yang kami share diatas merupakan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Mohon Program Geran Agropreneur Muda (GAM)” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.
  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Source: lpp.gov.my

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Result
View All Result
  • Portal Rasmi
  • KWSP
  • Isu Semasa
  • Techcentral
  • Bantuan
  • Agama
  • Diabetes
  • Tempat Menarik
  • KL Summit
Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2021
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • ptdm41
  • rv
  • Term & Condition

Sila Share Artikel Ini Dahulu!

  • 0shares
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • 0shares
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger