- 1.0Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
Cara Mohon Program Bakul Makanan 2021 RM100 dari JKM
Program bakul makanan RM100 telah dilancarkan oleh pihak JKM melalui Skim bantuan PERMAI 2021.
Selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan PKP dan PKPB 2.0yang lepas, kerajaan telah melaksana inisiatif ini bagi membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik covid 19.
Untuk Makluman Program bakul makanan ini adalah bagi mereka yang tidak berkemampuan sahaja.
Kami dari Portal Malaysia ingin berkongsi cara memohon bakul makanan dari JKM.
Baca Juga : Program Rebat Bil Elektrik RM40 Setiap Bulan 2021
Objektif Pemberian Bantuan
- Keperluan asas diberikan kepada anda dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan
- Sebagai salah satu cara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
- Sebagai bantuan sementara supaya kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.
Cara mohon Program Bakul Makanan
Program Bakul Makanan JKM bernilai RM100 untuk setiap bakul yang diberikan kepada isi rumah yang layak adalah mengandungi semua barang keperluan harian yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia.
Permohonan Program Bakul Makanan JKM Secara Online
- Pergi Laman sesawang rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat, boleh dibuka pada telefon pintar atau laptop anda.
- Setelah itu, cari borang permohonan Program Bakul Makanan harus dicari ataupun tekan link tersebut : Borang Program Bakul Makanan RM 100
- Sila isi borang tersebut perlulah dengan lengkap dengan memasukkan semua maklumat peribadi anda yang diperlukan .
- Kemudian, borang tersebut dihantar kepada e-mel ibu pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Lebih kurang 30 hari masa yang diambil supaya permohonan anda diproses oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Itu sahaja, pemohonan Program Bakul Makanan JKM anda sudah selesai.
Baca Juga : Semak Kelayakan PeKa B40 Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 2021
Permohonan Program Bakul Makanan JKM Secara Off Line
- Sila ke cawangan JKM yang terdekat dengan anda.
- ATAU boleh call Pusat Talian Gerakan JKM untuk Memohon Program Bantuan Bakul Makanan.
- Sila sediakan dokumen yang diperlukan oleh pihak JKM.
Senarai Cawangan JKM : https://www.jkm.gov.my/