Home » Bantuan » Mohon Program Anak Kebanggaan Pahang RM200 Untuk Anak Baru Lahir

Mohon Program Anak Kebanggaan Pahang RM200 Untuk Anak Baru Lahir

Untuk Makluman, Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) merupakan salah satu program yang ditawarkan di bawah Belanjawan 2022 Negeri Pahang.

Di bawah program Pahang Pride Kid ini memberikan setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima wang saguhati untuk kegunaan pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang & simpanan masa depan.

Baca juga: Bantuan RM300 Barangan Dapur

Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid)

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Di bawah program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid) ini, kerajaan negeri akan memberikan wang saguhati sebanyak RM200 bagi setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai tahun depan.

RM100 akan diperuntukkan bagi pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang dan selebihnya adalah untuk simpanan masa depan anak terbabit.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Kad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student)

Prihatin dengan rintihan ibu bapa yang bimbang dengan perbelanjaan dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu, kerajaan negeri dengan kerjasama MBS Book & Stationeries memperkenalkan initiatif Kad Pelajar Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Student).

Kad terbabit akan dikreditkan sebanyak RM100 untuk menampung pembelian barangan persekolahan yang dijangka akan memberi manfaat kepada 238,455 pelajar dari keluarga B40 dan M40 dalam negeri Pahang.

Selain penawaran kad pelajar yang bernilai RM100 itu, terdapat juga diskaun 20% bagi setiap perbelanjaan keperluan persekolahan, termasuk buku, pakaian dan beg sekolah serta alat tulis terpilih.

Baca juga: Bantuan Musim Tengkujuh Fasa 2

Syarat Kelayakan

Kad Pelajar ini akan diberikan kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang mempunyai anak yang masih bersekolah dari kumpulan di bawah:

  • B40 (pendapatan isi rumah kurang dari RM4,850)
  • M40 (pendapatan isi rumah di antara RM4,851 hingga RM10,970)

Maklumat Lanjut

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Mohon Program Anak Kebanggaan Pahang RM200 Untuk Anak Baru Lahir” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!