Profesor Jepun Cipta Prototaip Skrin Televisyen Yang Boleh Keluarkan Rasa Makanan.

Dalam dunia ini pelbagai prototaip yang telah dihasilkan oleh manusia dan ada yang bole digunakan dan ada yang hanya dicipta tapi tiada penggunaan secara meluaskan kerana hanya digunakan oleh orang tertentu.

Sememangnya penciptaan sesuatu seperti ini sangat menelan belanja dan banyak malah menggunakan tenaga kerja dan juga teknologi yang pelbagai untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan juga berguna.

Malah harga sesebuah prototaip tidak mampu dimiliki oleh orang ramai dan selalunya melebihi had mampu milik sesebuah negara malah hanya menjadi teknologi yang digunapakai oleh golongan VVip dan jugat atasan.

Baru-baru ini ,seorang profesor di Tokyo Jepun telah berjaya menciptakan sebuah  prototaip dengan skrin televisyen yang dapat mengeluarkan pelbagai jenis rasa makanan untuk memberikan pengalaman unik tentang sesuatu makanan kepada para pengguna.

Melalui laporan , skrin tersebut telah dinamakankan “Taste the TV” dan dihasilkan dengan menggunakan 10 jenis perisa yang disembur atas lapisan filem yang bersih.

Selain daripada itu, lapisan filem itu juga akan diletakkan di atas skrin televisyen yang rata dan boleh dirasai oleh pengguna. itu sendiri.

Menurut Prof. Homei Miyashita dari Universiti Meiji, teknologi itu turut menggalakkan dan memudahkan orang ramai untuk berhubung dengan dunia luar terutamanya ketika pandemik Covid-19 masih berlangsung sehingga kini.

 “Tujuan utama adalah untuk memberikan pengalaman kepada orang ramai pengalaman seperti makan di restoran, walaupun anda sebenarnya hanya duduk di           rumah,” katanya.

Projek ini telah dijalankan oleh Miyashita dengan kerjasama daripada 30 orang pelajarnya yang telah menghasilkan pelbagai alatan berkaitan skrin itu. Antara alatan berkaitan skrin yang dihasilkan ialah garfu.

Menurut Miyashita lagi, prototaip itu bakal melibatkan kos sebanyak 100,000 yen (RM3,675) untuk dikomersialkan.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3