PRODUKSI ALZA BAKAL DITAMATKAN OLEH PERODUA PADA JANUARI 2022

PERODUA bakal menamatkan produksi bagi kereta Perodua Alza bermula Januari 2022. Sedar tak sedar, hampir 12 tahun Alza berada di pasaran.

Alza yang mendapat sambutan daripada para pengguna tempatan yang mana kereta ini bersifat mesra keluarga. Kerana keupayaan dan ruangnya yang besar.
Dalam tempoh itu juga, jenis perodua Alza itu sering mendapat penambahbaikan dari sudut spesifikasi dan rupanya. Namun begitu, kadang-kadang semua yang baik akan berakhir juga.

Berita ini juga dikukuhkan dengan datangnya nota penamatan model terbabit yang dihantara kepada semua pengedar-pengedar Perodua seluruh Malaysia. Notis tersebut juga menyatakan jualan Alza akan dihentikan pada Febuari tahun hadapan.

Dikatakan, antara sebab produksi Alza ditamatkan adalah pelaksanaan piawaian emisi Euro 4 pada 1 Januari 2022, yang mana ia menggantikan Standard Euro 2 yang sedang digunapakai sekarang.

Untuk tempoh tiga bulan terakhir ini, Perodua melaporkan akan menghasilkan sekitar 2,820 unit Alza pada November, 2,283 pada Disember dan terakhir 1,100 unit terakhir pada bulan Januari tahun hadapan.

Namun begitu, desas desus mengatakan perodua Alza bakal digantikan dengan model terbaru dari Daihatsu iaitu Xenia. Adakah benar? Jom kita nantikan.

PRODUKSI ALZA BAKAL DITAMATKAN OLEH PERODUA PADA JANUARI 2022 1
Perodua sinonim dengan rekabentuk yang sama seperti daihatsu, jadi adakah ini rekabentuk terbaru Alza?

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3