Home » Isu Semasa » PRN MELAKA: Saya tiada IR tetapi saya ada JR, Yakin Prestasi 3 Tahun Yang Lepas Beri Kelebihan Pada Diri

PRN MELAKA: Saya tiada IR tetapi saya ada JR, Yakin Prestasi 3 Tahun Yang Lepas Beri Kelebihan Pada Diri

MELAKA, 15 November 2021 – Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, “Mereka menabur janji, saya sudah lama menabur bakti”, itu prinsip yang dipegang saya yang penyandang di kawasan itu.

Moto itu bukanlah omong kosong, beliau menegaskan sejak tiga tahun lepas apabila dilantik sebagai wakil rakyat beliau banyak menyelesaikan masalah penduduk setempat.

“Saya mungkin agak celupar, tetapi daripada masalah longkai sampai ke sebesar-besar masalah, insya-Allah saya akan selesaikan.

“Saya takde IR (Insinyur kelayakan sebagai jurutera), tetapi saya ada JR (Jiwa Rakyat), itu kita kena ada sebagai wakil rakyat, inshaAllah rakyat akan menilainya, jika terus diberi mandat saya akan teruskan kerja-kerja sebagai wakil rakyat iaitu membantu penduduk menyelesaikan pelbagai masalah,” katanya di ketika berkempen di Pantai Peringgit di sini.

Terkenal dengan jolokan nama ‘YB Viral’, anak jati Pengkalan batu berusia 56 tahun ini berkata masalah perparitan yang menyebabkan banjir dan masalah anak muda yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 akan menjadi antara perhatian utama jika beliau terus diberikan amanah sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Beliau yang tidak gentar dengan empat lagi pesaingnya, Norhizam yang menggunakan logo kunci pada pilihanraya kali ini, mempertaruhkan prestasinya untuk dipilih semula sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Norhizam juga yakin dirinya akan mencipta sejarah sebagai calon Bebas dengan mempertahankan kerusi Pengkalan Batu sambil mengaskan persepsi lama yang wakil rakyat Bebas tidak boleh buat kerja di kawasan, perlu dihilangkan.

Pad PRN Melaka kali ini, Norhizam akan berdepan dengan pertembungan lima penjuru dengan calon muda Muhammad Danish Zainudin (PH), Mohd Azrudin Md Idris (PN), Dr Mohd Aluwi Sari (Putra) dan Datuk Kalsom Nordin (BN).

Sumber: Bernama

Penafian – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan yang related dengan “PRN MELAKA: Saya tiada IR tetapi saya ada JR, Yakin Prestasi 3 Tahun Yang Lepas Beri Kelebihan Pada Diri” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes