Home » Isu Semasa » PRN MELAKA – PN BAKAL MELETAKKAN CALON WANITA SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA?

PRN MELAKA – PN BAKAL MELETAKKAN CALON WANITA SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA?

MELAKA, 17 NOVEMBER 2021 – Perikatan Nasional (PN) bakal mengumumkan calon Ketua Menteri pakatan itu esok, kata Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ianya dibincangkan bersama pati komponena dalam gabungan itu untuk memilih individu yang diterima masyarakat secara keseluruhannya serta mampu mendapatkan sokongan daripada pengundi di atas pagar.

“Jadi kalau pun beliau (Ketua Menteri) datang daripada seorang wanita, pernah satu ketika Melaka membawa sebuah cerita Tun Teja, dimana Tun Teja berperanan membangunkan negeri Melaka, jadi apasalahnya kali ini kita meletakkan seorang wanita.

“Kita juga ada beberapa doktor, profesional, jurutera dan ini kita akan bincangkan dan akan kita umumkan insya-Allah pada esok hari,” tambahnya lagi.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 11 November 2021 dilaporkan berkata mereka akan menamakan Ketua Menteri daripada Bersatu, sebelum phari pengundian yang diadakan pada 20 November 2021 untuk menerajui kepimpinan Melaka jika mereka diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setakat ini, Barisan Nasional menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri manakala Adly Zahari mewakili Pakatan Harapan.

Penafian – Bahan artikel kami share diatas merupakan panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “PRN MELAKA – PN BAKAL MELETAKKAN CALON WANITA SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA?” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes