Permohonan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM)


Jom Mohon Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) secara atas talian yang telah dibuka.

Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia 2022

Kumpulan sasar PRKM adalah ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa.

Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin tegar dan miskin dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.


Syarat Kelayakan / Kritetria Kumpulan Sasar

Antara syarat dan kriteria kumpulan sasar yang layak untuk memohon ialah seperti berikut;

  1. Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional
  2. Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Cara Permohonan

Permohonan online melalui pautan >> https://e-spkr.rurallink.gov.my/v1/online

Kadar Bantuan PRKM

Kadar bantuan Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia terbahagi kepada dua iaitu ;


BINA BAHARU

  • Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
  • Semenanjung : RM66,000 seunit
  • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM79,000 seunit

BAIK PULIH

Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:


  • Penyelenggaraan;
  • Penambahbaikan; dan Requisition;
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
  • Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
  • Semenanjung : RM15,000 seunit
  • Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan : RM17,000 seunit

Baca juga : Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Bagi Mereka Yang Tiada Rumah

Maklumat Lanjut

Sila layari website https://www.rurallink.gov.my/ atau hubungi nombor 03 8000 8000




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3