Permohonan Perumahan Program Rakyat PPR Secara Online Melalui SPRN

Rumah PPR Program Perumahan Rakyat merupakan program milik penuh kerajaan bagi memberi kemudahan kediaman yang selesa bagi golongan B40 di Malaysia. Dibawah nanti kami kongsikan langkah bagaimana untuk anda membuat permohonan.

Program Perumahan Rakyat PPR

PPR merupakan projek yang dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara dibawah KPKT dimana terdapat 2 jenis ketegori yang perlu anda tahu iaitu

  • PPR Disewa
  • PPR Dimiliki

Sebelum buat permohonan anda mesti tahu syaratnya terlebih dahulu, beberapa syarat ditetapkan bagi program ini dimana ianya terbahagi kepada dua :

Syarat Kelayakan PPR

Skim PPR Dimiliki

  1. Mestilah Warganegara Malaysia
  2. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah wajib di bawah RM3,000 sebulan
  4. Penama yang nak mohon mestila belum ada rumah
  5. Perlu ikut segala syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing

Skim PPR Disewa

  1. Mestilah Warganegara Malaysia
  2. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah wajib di bawah RM3,000 sebulan
  4. Penama yang nak mohon mestila belum ada rumah
  5. Perlu ikut segala syarat-syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing

Segala rekabentuk rumah PPR adalah berdasarkan spesifikasi perancangan yang telah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan untuk perumahan kos rendah. Antara ciri-cirinya adalah

Ciri-ciri PPR:

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau/Ruang Solat
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

Cara Buat Permohonan

Masuk ke laman rasmi KPKT bagahia pendaftaran SPRN iaitu di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register dah masuk paparan seperti dibawah akan keluar.

Isikan semua maklumat yang diperlukan dan Klik “DAFTAR”

Selesai, sila masuk email anda untuk “Varifikasi”, klik pada pautan di email anda untuk masukan katalaluan.

Dah sattle, ada boleh login sprn seperti biasa.

Akan dipaparkan seperti gambarajah dibawah jika anda berjaya log masuk.

Dalam pilihan skim anda boleh pilih yang mana bersesuaian dengan anda. lakukan setiap step yang diminta hinggalah ke pengesahan dan selesai. (Rujukan Panduan Penuh Rujuk Teduh KPKT)

Semak Senarai Projek PPR

Anda boleh buat semakan senarai lokasi projek ppr terkini seluruh negara. melalui teduh projek terkini contoh seperti gambarajah dibawah ini.

Maklumat Tambahan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sebarang aduan/pertanyaan berkaitan Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) boleh dibuat melalui

8 thoughts on “Permohonan Perumahan Program Rakyat PPR Secara Online Melalui SPRN”

Leave a Comment