- 5shares
- Telegram
- Facebook Messenger
Penduduk daerah Langkawi yang mahu menikmati potongan harga bagi tiket feri untuk perjalanan keluar dan masuk ke pulau boleh membelinya secara online mulai Oktober ini.
Menurut Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom, bagi pengesahan mereka adalah penduduk Langkawi, ia boleh dilakukan dengan nemuat turun borang yang disediakan di laman web Feri Langkawi.
Baca juga:
Penduduk hanya perlu mengisi borang yang disediakan di laman web dan menghantar borang yang dikepilkan dengan salinan kad pengenalan itu ke pejabat untuk semakan oleh pihak feri.
Oleh itu, langkah pengesahan itu diambil bagi mengelak penumpang yang tidak layak membeli tiket yang dikhaskan untuk penduduk Langkawi daripada berbuat demikian.
Menurut Kapten Baharin juga, setakat ini potongan harga hanya disediakan untuk penduduk Langkawi sahaja dan tidak ditawarkan kepada mereka yang bekerja di sini.
Pihaknya juga akan menggunakan laman web syarikat bagi pembelian tiket feri penduduk Langkawi.
Terdahulu, tiket bagi perkhidmatan feri keluar masuk ke Langkawi dinaikkan pada 4 Ogos lalu, dengan kadar baharu menyaksikan harga tiket feri bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi yang kini berharga RM21 bagi dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak.
Manakala bagi laluan Kuala Kedah-Langkawi pula tiket bagi dewasa RM26.50 dan RM20.50 untuk tambang kanak-kanak.
Walau bagaimanapun penduduk Langkawi, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) masih kekal menikmati tambang feri yang sama dan boleh menikmati harga itu melalui pembelian di kaunter jualan.
Sumber: UTUSAN