Home » Bantuan » Positif COVID Semasa Kerja, Anda Boleh Claim PERKESO. Ini Caranya!

Positif COVID Semasa Kerja, Anda Boleh Claim PERKESO. Ini Caranya!

Tahukah anda, jika positif covid semasa kerja anda boleh claim PERKESO. Pekerja yang disahkan positif covid di tempat kerja atau Person Under Investigation (PUI) disabitkan terbit daripada dan disebabkan oleh pekerjaan dan menjalani tempoh kuarantin boleh membuat permohonan tuntutan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) melalui majikan.

Anda juga boleh buat MySalam Tuntutan Covid sehingga RM700.

PERKESO telah menubuhkan badan bertindak khas bagi menyiasat tuntutan di bawah skim berkenaan bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.

Portal Malaysia ingin berkongsi Skim Bencana Perkeso Covid. Jangan lupa untuk tuntut.

Apakah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO COVID?

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca daripada pekerjaannya.

Perlindungan di bawah skim ini  ialah meliputi kemalangan seperti berikut:

  • Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan anda.
  • Kemalangan semasa dalam perjalanan untuk bekerja atau semasa bekerja.
  • Kemalangan semasa kecemasan
  • Penyakit khidmat

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan

Syarat Claim Tuntutan

Syarat bagi membuat claim PERKESO akibat jangkitan COVID ialah:

  1. Masih sedang bekerja.
  2. Masih aktif sebagai pencarum Socso.
  3. Paling utama ialah dijangkiti Covid di tempat kerja.

Kadar Bayaran / Faedah Yang Akan Diterima

Bagi pencarum yang dijangkiti COVID di tempat kerja, mereka layak mendapat faedah daripada PERKESO manakala bagi kes membabitkan kematian, pencarum yang berusia kurang 60 tahun layak untuk faedah walaupun jangkitan bukan di tempat kerja.

Bagaimana ingin nak tahu berapa pampasan yang kita layak terima?

Ini contoh perkiraannya :

( 80% Purata gaji ÷ 30 hari ) x Jumlah hari dirawat / kuarantin

NOTA: Bagi kes indeks, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti punca jangkitan sekali gus menilai kelayakan mereka untuk menerima faedah PERKESO.

Baca juga: Cara Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad, Jika Anda Terlupa Kad Bank

Cara Buat Tuntutan (Claim)

Menjadi tanggungjawab Majikan untuk melaporkan kemalangan tersebut kepada PERKESO dengan kadar segera iaitu mengemukakan permohonan melalui Borang 34.

Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar ke Pejabat PERKESO yang berhampiran untuk siasatan lanjut dari pegawai.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  1. Borang Butiran Notis & Tuntutan Faedah – Borang 34 https://www.perkeso.gov.my/…/Bor…/borang34/Borang_34.pdf
  2. Salinan kad pengenalan anda
  3. Sijil Cuti Sakit Asal
  4. Salinan rekod kedatangan / Kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu).
  5. Laporan Pengesahan Positif Covid
  6. Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
  7. Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
  8. MC kalau tiada, surat kuarantin dari KKM pun boleh
  9. Isi Ruang Penyakit Khidmat

TAMBAHAN: Majikan perlu buat sedikit kronologi jangkitan di tempat kerja (Contoh : Siapa yang kena dahulu dan apa tindakan majikan apabila pekerja terkena jangkitan)

Sumber: Heng Zhi Li (Ketua Pemuda MCA Tg Piai)

NOTA: Permohonan mesti dikemukakan oleh pihak majikan.

Tempoh Proses Tuntutan Skim Bencana Pekerjaan PERKESO Covid

Permohonan pencarum dijangkiti wabak itu semasa bertugas akan diproses secepat mungkin dan tempoh maksimum diambil Perkeso selama 45 hari daripada hari kes diterima.

Baca juga: Boleh Rentas Negeri Tidak Lama Lagi, Kerajaan Pertimbang Kelonggaran – KJ

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat tentang Skim Bencana Pekerjaan COVID PERKESO, boleh rujuk laman web rasmi PERKESO di pautan ini: https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/perlindungan/akta-keselamatan-sosial-pekerja-1969-akta-4/skim-bencana-pekerjaan.html 

Penafian – Bahan artikel kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Positif COVID Semasa Kerja, Anda Boleh Claim PERKESO. Ini Caranya!” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!