Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan untuk awalkan pembayaran i-Sinar bagi bulan Mac dan April. Ini adalah kerana pengubahan pada syarat i-Sinar yang telah dimansuhkan.
Tarikh Bayaran I-Sinar April 2021 (Klik Bawah)
- Pembayaran bermula pada 1 April 2021
- Pembayaran adalah secara berperingkat mengikut batch
- Sila rujuk tarikh pembayaran di i-Akaun anda untuk maklumat lanjut
- Pembayaran ini hanya mereka yang memohon i-Sinar pada Januari 2021, buka permohonan i-Sinar tanpa syarat.
Pembayaran Diawalkan

Ada pembayaran i-Sinar Kategori 1 pada bulan Mac?
Tiada bagi bulan Mac SEKIRANYA anda telah menerima bayaran sepanjang minggu pada 19 Feb yang lepas.
Kenapa bayaran diawalkan? Kenapa tidak ikut tarikh asal je?
Tujuan pembayaran awal ini adalah untuk melancarkan transaksi bayaran pada i-Sinar pada 8 Mac ini.
Kenapa saya masih tidak dapat bayaran bulan Mac yang diawalkan?
Pihak KWSP memohon anda untuk bersabar. Kemungkinan bagi mereka yang masih tidak dapat mengikut jadual yang diawalkan akan dapat mengikut jadual yang ASAL.
Bilakah pembayaran pada bulan April?
Bayaran bulan April akan bermula pada 1 April ini mengikut batch masing-masing.
Berikutan tempoh PKP yang masih berjalan Permohonan itu boleh dibuat menerusi i-Akaun secara Online sahaja. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengeluaran KWSP ini, anda boleh rujuk i Lestari untuk maklumat & info yang lebih dalam. Rujuk juga FAQ di sini, jika anda ada sebarang pertanyaan.