MYDATA telah ditubuhkan pada 2016, MYDATA adalah laman atas talian yang membolehkan pengguna mengakses data perniagaan dengan satu akses elektronik. Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) telah melantik MYDATA untuk menyediakan perkhidmatan dan Penyedia Teknologi kepada SSM MYDATA.
Dengan MyData SSM, ia dapat memudahkan pengguna untuk mencari maklumat secara online dengan pendaftaran terkini, mendapatkan maklumat mengenai kedudukan kewangan perniagaan dan penglibatan produktif antara pengguna dan perniagaan.
Sehingga kini, anggaran pengguna yang menggunakan MYDATA untuk mendapatkan maklumat perniagaan adalah 111, 000 pengguna di seluruh negara.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Apa yang sebenarnya yang MYDATA tawarkan ni? Jom kita baca maklumat lebih lanjut tentang MYDATA dibawah
ADA APA DALAM MYDATA?
✅Terdapat beberapa produk yang sesuai yang dapat digunakan oleh perniagaan-perniagaan melalui MYDATA ini. Berikut adalah produk yang ditawarkan oleh MYDATA kepada pengguna :
✔️Butir Setiausaha Syarikat
✔️Profil Firma Audit
✔️Dokumen Imej
✔️Profil Syarikat
✔️Profil Perniagaan
✔️Sijil Pendaftaran Perniagaan
✔️Sijil Pertukaran Nana Syarikat
✔️Sijil Pertukaran Status Syarikat
✔️Butiran Alamat Berdaftar
✔️Butiran Pengarah/Pegawai
✔️Butiran Pemegang Saham
✔️Butiran Modal Saham
✔️Perbandingan Kewangan
✔️Sijil Pemerbadanan Syarikat
✔️Company Charges
KELEBIHAN MENGGUNAKAN MYDATA
✅Selain daripada memudahkan peniaga-peniaga di luar sana dengan menggunakan platform MYDATA ini, MYDATA juga memudahkan penggunanya secara lebih lagi dengan menyediakan perkhidmatan seperti :
🔍MYDATA menyediakan platform yang cepat dan mudah untuk mendapatkan dokumen yang diperlukan oleh pengguna.
⚖️Untuk mendaftar MYDATA, pengguna dapat mulakan akaun MYDATA dengan percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Ini menunjukkan MYDATA adalah perkhidmatan yang mesra pengguna.
🗂Pengguna juga dapat membuat pemantauan dan laporan secara menyeluruh.
⏳MYDATA juga menyediakan perkhidmatan pelanggan, dimana mereka akan membantu pengguna sepanjang proses penggunaan MYDATA supaya lebih lancar.
CARA MENDAFTAR
✅Jadi anda berpuas hati tentang produk dan perkhidmatan yang disediakan MYDATA ni? Jika berminat anda boleh mendaftar MYDATA ini di pautan rasmi https://www.mydata-ssm.com.my/
CARA UNTUK LOGIN
✅Selepas anda selesai membuat pendaftaran, sila ikut step dibawah untuk login ke MYDATA
0️⃣1️⃣Step Login, Masuk ke part login account atau ketik https://www.mydata-ssm.com.my/login
0️⃣2️⃣Dah masuk isi Username anda dengan betul.
0️⃣3️⃣Dan masukkan Password anda dengan betul.
0️⃣4️⃣Next step, ketik Sign In dan dan selesai.
📌Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran seperti perbankan internet, kad kredit atau akaun prabayar MYDATA. Oleh itu, anda boleh buat pilihan pembayaran yang bersesuain dengan anda.
Cara Print MyData SSM
✅Berikut adalah cara untuk anda dapatkan cert ssm anda dan terus boleh print.
Cara Menggunakan Mydata SSM
✅Untuk lebih detail cara menggunakan Mydata SSM boleh jugak rujuk paparan video rasmi ini.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk ke :
📍Big Dataworks Sdn Bhd
The Warehouse, 3rd Tier
Wisma Amtek, No.15 Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor
📞+603 2775 9339
📧[email protected]