SPNB atau Syarikat Perumahan Negara Berhad 2021. Permohonan & semakan online SPNB kini boleh dibuat secara dalam talian bagi mereka yang ingin mohon RMR (Rumah Mesra Rakyat).
SPNB merupakan syarikat milik Menteri Kewangan Malaysia yang telah diperbadankan.
Bertujuan untuk menyediakan rumah mampu milik yaqng berkualiti, selesa dan sesuai dengan permintaan pasaran kepada masayarakat Malaysia.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Juga bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi kemampuan bagi memastikan pemilikan tanah kepada semua.
Syarat Kelayakan SPNB
Untuk memohon kediaman SPNB ini, permohonan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak untuk membuat pinjaman bank.
Cara Mohon Rumah SPNB
Untuk permohonan rumah SPNB ini, anda perlukan dokumen-dokumen seperti berikut :
- Deposit RM1,000 dalam bentuk draft (deraf) atas nama “SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD”
- Salinan IC pemohon
- Penyata gaji 3 bulan terkini
- Borang J (Penyata cukai pendapatan) terkini/ Borang EA
- Penyata KWSP anda yang terkini
- Surat Pengesahan Jawatan (dari majikan)
Namun, jika anda bekerja sendiri, sila bawa penyata bank anda 3 bulan yang terkini, pendaftaran perniagaan SSM anda dan dokumen sokongan yang anda jika perlu.
Ataupun anda boleh rujuk cara pendaftaran RMR Rumah Mesra Rakyat untuk maklumat lanjut.

Semakan SPNB
Untuk semakan status permohonan rumah Mesra Rakyat anda, sila klik di pautan berikut :
https://rmr.spnbonline.com.my/
Sila login secara online di portal tersebut. Anda juga boleh melakukakan SPNB online payment atau menggunakan JomPay untuk membuat pembayaran.
Harga Kediaman
Kediaman SPNB berharga lebih kurang RM150,000 dan ke atas.
Keluasan Kediaman
Secara amnya, keluasan rumah teres SPNB adalah dari 850 kps hingga 1850 kps. Manakala apartmen pula, berukuran dari 600 kps hingga 1200 kps sahaja.
Maklumat Lanjut
Anda mempunyai sebarang pertanyaan dan soalan? Sila hubungi :
- Telefon : 03 2618 5555
- Waktu beroperasi : Isnin – Jumaat (9 Pagi – 6 Petang)
- Emel : [email protected]