Pengumuman!! SPA8i milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam terlah berpindah ke SPA9, jadi tiada lagi permohonan mahupun semakan melalui SPA8i lagi.
Boleh Rujuk SPA9 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pindah Borang SPA8i Ke SPA9
SPA8i ialah merupakan platform untuk membuat permohonan jawatan kosong dan kemaskini jawatan SPA8i. Ia merupakan sistem online di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk membolehkan individu membuat permohonan jawatan bagi memasuki skim perkhidmatan awam Malaysia.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan pekerjaan dalam sektor Kerajaan, anda boleh membuat permohonan secara online di SPA8i . Di bawah kami kongsikan maklumat tentang cara log masuk ke SPA8i :
Cara Daftar SPA8i
Bagi anda yang ingin mencari pekerjaan di sektor awam, anda boleh membuat permohonan online di SPA8i (laman ini juga dinamakan SPA8i New). di bawah ialah cara-cara untuk mendaftar SPA8i :
1. Masuk ke portal rasmi SPA yang khas untuk permohonan jawatan kerajaan di sini – https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2. Bagi yang belum mendaftar, anda perlu mendaftar dahulu sebagai pengguna baharu. Tekan butang DAFTAR MYID BARU untuk mendaftar
3. Next halaman, isikan No Kad Pengenalan anda tanpa simbol “-”
4. Masukkan No Telefon Bimbit anda yang aktif dan boleh dihubungi di ruang No Telefon Bimbit
5. Masukkan alamat emel anda yang aktif di kotak Alamat Emel
6. Part untuk anda setkan Soalan Keselamatan ianya digunkan apabila anda terlupa myID atau password. Soalannya seperti :
✔️Siapakah Nama Ibu Anda
✔️Sahkan Nama Ibu Anda
✔️ Dimanakah Negeri Kelahiran Anda
* masukkan maklumat seperti di atas di ruangan soalan tersebut
7. Masukkan kod dari kotak berwarna hitam di sebelahnya yang tertera di ruangan Kod Keselamatan
8. Klik butang Daftar
9. Pada bahagian Maklumat Pemohon isi beberapa maklumat yang diminta.
10. Pada part Alamat Surat-Menyurat, masukkan alamat yang senang untuk pihak spa pos apa-apa surat pemberitahuan nanti.
11. Untuk Poskod, letak poskod alamat anda
12. Untuk Negeri pula, letak negeri mengikut alamat anda.
13. Sama juga dengan kotak Bandar
14. Letak Tarikh lahir anda, sama mcm tarikh lahir ic anda
15. Petak No Telefon serta Alamat emel, akan automatik keluar maklumat yang anda isi diatas.
16. Letak Negeri Tempat Lahir, pilih negeri tempat lahir anda ye, sama juga dengan Ibu dan bapa pemohon.
17. Sattle yang atas, dekat petak Lesen Kenderaan, tick pada part yang anda miliki sahaja.
18. Untuk Jantina, tick pada jantina anda yang betul samaada Lelaki atau Perempuan
19. Pada ruangan Agama, pilih agama anda, dalam IC islam, makanya pilih islam.
20. Pada petak Keturunan, pilih keturunan anda.
21. Dekat kotak Taraf Kewarganegaraan, pilih mana-mana taraf kewarganegaraan anda
22. Begitu juga Taraf Perkahwinan, letak status anda yang terkini
23. Untuk petak Ketinggian, letak tinggi anda terkini.
24. Ketik Tick pada bahagian persoalan sama ada anda adalah sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam/Kerajaan Tempatan/Badan Berkanun/Polis ataupun tidak.
25. Sattle part 1 hingga 24 ketik simpan SIMPAN, selesai.
Cara Isi Borang SPA8i New
Dibawah ialah cara dan panduan untuk mengisi borang SPA8i New :
1. Sattle bab mendaftar diatas, next halaman iaitu Maklumat Akademik. Part ni anda just masukkan semua maklumat akademik yang anda ada bermula dari PT3/PMR sampailah ke PhD. ikut apa peringkat tertinggi anda ada. kalau samapai diploma, isi sampai diploma sahaja.
2. Next part bila dah sattle semuanya di 1 klik Simpan
3 .Seterusnya, isi Maklumat Ko-kurikulum, isi apa jua aktiviti yang pernah anda libatkan diri, kalau ada sijil-sijil penyertaan nanti boleh bawa masa temuduga, kalau tiada just tinggalkan.
4. Settle isi di 3 ketik Simpan
5. Dekat bahagian Maklumat Tambahan kalau anda ada apa-apa bakat yang berkaitan boleh isi situ.
6. Settle isi dari 1 hingga 5 terus ketik Simpan sahaja.
7. Akhir sekali, pendaftaran SPA8i sattle dengan jayanya.
Tutorial Login / Log Masuk SPA8i
Di bawah ialah cara dan turoial untuk Log Masuk ke SPA8i setelah anda membuat pendaftaran akaun tersebut :
1. Layari laman web utama SPA untuk login ke SPA8i
2. Masukkan username yang telah anda tetapkan semasa mendaftar di kotak MyID
3. Di kotak Kata Laluan masukkan password yang telah anda setkan
4. Akhir sekali, anda akan berjaya mengakses dan login ke akaun SPA8i anda
Cara SPA8i Semakan Temuduga
📌Untuk menyemak Temuduga SPA8i anda boleh ke laman web ini dan pilih Semakan Keputusan Temu Duga.
FAQ
Bagaimana ingin mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan pendaftaran pekerjaan (SPA8i)?
MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu menggunakan MyID sebelum mengisi SPA8i.
Saya telah mendaftar untuk mendapatkan MyID dan kata laluan tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak SPA untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?
Sejak tahun 2014, pendaftaran SPA8i telah ditambahbaik tanpa memerlukan pengaktifan melalui e-mel. E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPA atau sekiranya anda melepasi tapisan serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan atau temuduga.
Bilakah saya akan mendapat e-mel pengaktifan?
Rujuk jawapan no. 2.
Bagaimana untuk menukar alamat e-mel yang tersilap semasa mendaftar akaun baharu?
Anda boleh mengemaskini sendiri alamat e-mel anda selepas log masuk ke SPA8i di modul Maklumat Pemohon.
Kenapa bila saya daftar baharu keluar mesej 'Harap maaf! MyID telah wujud'?
Pendaftaran MyID hanya dibenarkan sekali sahaja. Jika anda mendapat mesej tersebut, klik pada pautan LUPA KATA LALUAN dan ikuti arahan di skrin dan Panduan Pengguna ms 4-6.
Bolehkah pendaftaran akaun saya dibatalkan?
Pendaftaran yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan dan hanya boleh dikemaskini.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh rujuk atau hubungi ke :
📍Pusat Temu Duga SPA Putrajaya
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia,
Aras 1, 2 & 4 -13, Blok F1, Kompleks F,
No.2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: +603 8091 9000
Faks: +603 8091