Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat 2021 boleh dibuat bagi mereka yang telah memohon sebelum ini. Untuk pengetahuan anda, bayaran untuk fasa pertama BPR telah pun dipercepatkan kepada bulan Februari.
Pembayaran untuk Fasa Pertama BPR akan diagihkan mulai penghujung Februari 2021 ini SECARA BERPERINGKAT.
Baca Juga : Cara Daftar MyBSN Online
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 1
Bermula pada hari ini, bayaran BPR tambahan ada yang sudah diagihkan kepada B40 & M40. Berikut adalah skrinshot bukti mereka yang telah masuk.
Kebanyakkannya penerima yang telah masuk adalah daripada pemegang akaun BSN (Bank Simpanan Nasional).
Untuk bank lain, akan masuk secara berperingkat. Diharap bersabar dan sila semak di akaun bank online dahulu sebelum keluarkan di ATM.
Semakan BPR Bantuan Prihatin Rakyat (Klik Bawah)
Semakan BPR ini boleh dibuat secara atas talian/online. Sila klik di pautan berikut untuk buat semakan kelulusan anda.
Bantuan Prihatin Rakyat (Semak Sini)Jadual Penuh Bayaran BPR Fasa 1
Kadar Bantuan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa Pertama
Berapa yang anda akan dapat untuk BPR fasa 1 ini? Untuk Fasa Pertama ini, bayaran yang akan diterima oleh rakyat yang berkelayakan adalah seperti berikut :
Kaedah Pembayaran Fasa Pertama
Apakah kaedah pelaksanaan bayaran untuk Fasa Pertama BPR 2021? Kaedah pembayaran adalah seperti berikut :
1. Kredit terus ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan.
2. Tunai di Kaunter BSN
- Jika sebelum ini, pembayaran BSH 2020/ BPN 2.0 adalah secara tunai, maka pembayaran anda akan dilakukan secara tunai.
Maklumat Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat ini, sila hubungi talian di bawah.
Hotline BPR : 1-800-88-2747
Portal Malaysia berharap artikel ini bermanfaat untuk anda. Semoga berjaya dalam permohonan bantuan kerajaan ini.
Soalan Lazim FAQ
Bilakah tarikh pembayaran Fasa Pertama BPR 2021?
Tarikh pembayaran telahpun diagihkan bermula pada 23 Februari secara berperingkat.
Jika saya tidak layak untuk BPR Fasa 1, adakah saya boleh buat permohonan baru?
Ya boleh, sila buat permohonan baru sebelum tarikh tutup.
Jika maklumat bank salah, adakah saya perlu kemaskini maklumat akaun bank?
Kemaskini untuk akaun bank adalah tidak dibenarkan, sila hubungi talian hotline untuk penukaran.
Sumber : Hasil.Gov