Tahukah anda mengenai Rumah Mesra Rakyat atau RMR? Objektif program ini adalah bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti petani, nelayan dan juga keluarga miskin yang tinggal di rumah usang (daif) atau tidak mempunyai rumah namun mempunyai tanah bagi membina rumah sendiri yang lebih selesa dan sempurna.
PortalMalaysia akan kongsikan kepada anda mengenai RMR seperti syarat kelayakan dan cara memohon sebagai rujukan anda semua. Bagi mereka yang tinggal di Selangor boleh cuba mohon skim Rumah SelangorKu yang dibuat khas untuk penduduk Selangor.
Syarat Rumah Mesra Rakyat
✅Warganegara Malaysia
✅Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
✅Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
✅Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
✅Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah yang dicadangkan tersebut.
✅Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
✅Tertakluk kepada peruntukan kewangan
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
📢NOTA:
🖱Bagi pemohon pemohon dari Semenanjung Semenanjung yang berumur berumur melebihi melebihi 42 tahun, pemohon pemohon kedua yang berumur berumur di antara 18-42 tahun diperlukan diperlukan.
🖱Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun
diperlukan.
Pemohon Perlu Buat Sebelum Mohon
📝Anda perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan yang boleh di dapati di Portal Rasmi SPNB
📝Anda perlu menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
📝Anda perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
📝Anda perlu membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
📝Anda perlu membuka akaun dan membuat pembayaran bulanan
Pelan Rumah Mesra Rakyat
🏡Ini merupakan pelan rekabentuk remuah mesra rakyat yang dikongsikan oleh SPNB diamana syarikat tersebut merupakan syarikat yang membuat projek-projek berkaitan rumah mesra rakyat ini.
REKABENTUK 1,000KPS (SEMENANJUNG MALAYSIA)
REKABENTUK BAHARU 850KPS (PULAU)
REKABENTUK BAHARU 750KPS (SABAH / SARAWAK)
Cara Daftar Rumah Mesra Rakyat
0️⃣1️⃣Pergi ke portal rasmi SPNB Rumah Mesra Rakyat https://rmr.spnbonline.com.my
0️⃣2️⃣Klik pada salah satu pautan “Pendaftaran Baru”
0️⃣3️⃣Isikan Borang Pendaftaran Login dibawah dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID untuk sistem RMR1M ini.
0️⃣4️⃣Pilihan negeri dan parlimen mestilah mengikut alamat tapak cadangan bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia nanti.
0️⃣5️⃣Akhir sekali klik butang “Daftar” untuk menghantar pendaftaran Login.
0️⃣6️⃣Satu email mengandungi butiran login dan kata laluan akan dihantar kepada email pendaftaran anda.
0️⃣7️⃣Gunakan login ID dan kata laluan tersebut ketika log masuk laman utama Sistem Pendaftaran RMR1M
0️⃣8️⃣Selepas pendaftaran login, satu borang pra-pendaftaran akan dimuat turun. Sekiranya borang tersebut tidak dimuat turun secara automatik, klik pada pautan yang disediakan
0️⃣9️⃣Borang Pra-Pendaftaran tersebut mengandungi
✔️Surat Aku Janji Pemohon,
✔️Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah dan
✔️Borang Lawatan Tapak Bergambar
1️⃣0️⃣Lengkapkan kesemua borang di atas dan imbas salinan borang tersebut kepada bentuk imej digital (jpg,bmp dll) untuk dimuat naik semasa pendaftaran nanti
Cara Mohon RMR
0️⃣1️⃣Dah Sattle daftar, masuk semula ke portal rasmi SPNB Rumah Mesra Rakyat https://rmr.spnbonline.com.my
0️⃣2️⃣Untuk log masuk ke dalam sistem, gunakan alamat penuh email pendaftaran anda sebaga ID pengguna.
0️⃣3️⃣Gunakan pula kata laluan yang telah di emailkan kepada anda semasa pendaftaran login.
0️⃣4️⃣Dah Login masuk anda boleh isi borang permohonan rumah mesra rakyat secara online terus.
0️⃣5️⃣Untuk panduan pengguna lebih lanjut, boleh rujuk https://rmr.spnbonline.com.my/Manual_Pengguna_RMR1M.pdf
0️⃣6️⃣Flow ringkas cara mohon rujuk bawah :
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
🗂Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
🗂Salinan kad pengenalan tuan tanah
🗂Salinan kad pengenalan pemohon kedua/bersama
🗂Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
🗂Slip gaji terkini / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan*
🗂Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
🗂Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
🗂Salinan sijil nikah pemohon
🗂Borang laporan tapak bergambar
📢NOTA: Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A.
Harga Rumah Mesra Rakyat
Berikut adalah harga RMR yang dikongsikan oleh SPNB, dengan konsep-konpem di semenanjung malaysia, pulau di semenanjung, sabah, sarawak, dan labuan.
Cawagan-Cawangan SPNB Selurun Negara.
Maklumat Lanjut
📍Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
📠Hotline : 1300 80 3838
☎️Tel : 603-2618 5555
[wp-svg-icons icon=”mail-4″ wrap=”i”]SMS : 019-2104000📧Emel : [email protected]
[wp-svg-icons icon=”facebook-3″ wrap=”i”]Facebook : SPNB Produk