Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2020 Fasa 2

by Nurul Nurizzati
2023/02
in Portal Rasmi, KPM
Reading Time: 4 mins read
A A
permohonan ipg pismp 2020 fasa 2

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2020 Fasa 2

  • Tentang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Syarat Kelayakan PISMP Point
  • Bidang Pengkhususan
  • Cara Buat Permohonan PISMP 2020
  • TAKWIM PENGAMBILAN PELAJAR FASA 2 PISMP
  • Tarikh Tutup
  • Maklumat Lanjut

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk pengambilan khas Fasa 2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memenuhi beberapa keperluan bidang di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi memenuhi unjuran keperluan pengambilan tahun 2020.

Program ini adalah salah satu cara KPM untuk melahirkan guru-guru sekolah rendah yang berijazah. Melalui program pengajian yang ditawarkan ini, bakal guru akan menerima ilmu pengetahuan dan akan mempunyai kemahiran asas apabila menceburi bidang perguruan ini, perkara ini akan menyebabkan bakal guru lebih bersedia di dalam bakal kerjaya mereka.

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2020 Fasa 2 1

Tentang Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)


Seperti yang dinyatakan di atas, program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah program pengajian yang ditawarkan oleh KPM untuk melahirkan guru-guru baru di Malaysia. Pemohon akan mengikuti latihan yang disediakan oleh program ini. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang program ini.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Lihat Juga  SPNB - Cara Permohonan Rumah Mampu Milik 2021
  • Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.
  • Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberi Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
  • PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Syarat Kelayakan PISMP Point


Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menggariskan beberapa syarat yang perlu dipenuhi kepada para pemohon yang berminat. Berikut adalah senarai syarat kelayakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang perlu dipenuhi:

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2020 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Memperoleh gred cemerlang sekurang-kurangnya lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian bagi tiga (3) mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Bahasa Inggeris
  • Memenuhi syarat-syarat bidang pengkhususan. (Lampiran A)

Tambahan : Untuk maklumat lanjut berkaitan syarat penuh rujuk Syarat Penuh Bidang PISMP 

Bidang Pengkhususan


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan juga menawarkan bidang pengkhususan kepada pemohon yang berminat untuk mengajar pengajaran yang khusus. Bidang khusus ini boleh menjadi mata pelajaran yang diminati pemohon untuk mengajar. Berikut adalah pilihan yang ada bagi program ini:

Lihat Juga  Lelaki Ini Kongsikan Cara Buat RM500 Sehari Dari MAE Maybank2u

Sekolah Kebangsaan (SK)

Bidang

  • Bahasa Kadazandusun
  • Reka Bentuk dan Teknologi

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Bidang

  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Muzik
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Sains

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Bidang

  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Jasmani
  • Pendidikan Muzik
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Matematik
  • Sains

Sekolah Kebangsaan / Sekolah Jenis Kebangsaan Cina / Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SK/ SJKC/ SJKT)

Bidang

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

Cara Buat Permohonan PISMP 2020


Jika anda berasa anda sudah memenuhi syarat-syarat yang digariskan Kementerian Pelajaran Malaysia, anda boleh cuba mengikuti langkah-langkah berikut untuk mula memohon Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk memohon program ini:

  • Permohonan khas PISMP hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang di alamat: https://pismp.moe.gov.my mulai 6 Julai 2020.
  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menyediakan rakaman video pengajaran. Panduan penyediaan rakaman video pengajaran disediakan untuk rujukan pemohon.
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : https://pismp.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), Panduan Penyediaan Video Pengajaran, syarat bidang serta kalendar aktiviti (Lampiran B) sebelum membuat permohonan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Lihat Juga  Semakan BKM Fasa 3 - Bantuan Tunai Sehingga RM900 Di Sini

TAKWIM PENGAMBILAN PELAJAR FASA 2 PISMP


Berikut adalah jadual pengambilan bagi pelajar fasa 2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2020 Fasa 2 2

Tarikh Tutup


TARIKH TUTUP PERMOHONAN 12 JULAI 2020 (11.59 MALAM)

Maklumat Lanjut


Sekian sahaja maklumat yang ingin disampaikan oleh kami. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam menceburi dalam bidang perguruan.

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : 03-8312 6768/6693/6731/6769

Penafian : Kami hanya memberi informasi terkini berkaitan syarat, cara mohon dan info berkaitan dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan pismp dengan rujukan dari laman sesawang rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, sebarang permohonan baru boleh terus melalui website rasmi, kami tiada sebarang kaitan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia, hanya sekadar menyampaikan info sahih sahaja

Nurul Nurizzati

Nurul Nurizzati menyediakan info-info terbaru mengenai pelbagai isu dan maklumat berkaitan Bantuan Kerajaan, Kerja Kosong, Cara login, cara semakan dan lain-lain artikel berkaitan. Menulis dengan penuh authority.

Recent Posts

  • Konstabel Polis Gred YT1: Permohonan Online Terkini 2023!
  • Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran Kecemasan Bila-Bila Masa 2024
  • 321 Kekosongan Jawatan Maritim Malaysia 2023, Minima SPM Layak Mohon
  • Bantuan RM100 Setiap Bulan Penerima STR 2023, Semak Sekarang!
  • STR 2024 Fasa 1: Permohonan Baru STR 2024 Untuk Fasa 1 Kini Dibuka!
  • Bantuan RM800 B40 2023, Semak Sekarang!
  • STR Fasa 4 Akhir 2023 Mula Dikreditkan, Semak Status Sekarang!
  • STR Bujang 2024: Jumlah Bayaran SARA Bujang Terkini!
  • Jawatan Kosong SPA 2023, 43 Kekosongan Terkini!
  • Pengeluaran Melalui Akaun 3 KWSP Kini Dibenarkan!

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola
  • Tempat Menarik
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 1shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 1shares
  • 1
  • 0
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×