MPM Muet | Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan peperiksaan MUET (Malaysia University English Test) bagi tahun 2020 sekali dengan tarikh pendaftaran dan ujian speaking serta ujian bertulis. Dalam sistem MPM juga disediakan panduan untuk menyemak LAPORAN PENDAFTARAN KEMASUKAN CALON (LPKC).
Untuk makluman, pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda WAJIB untuk lulus MUET dengan sekurang-kurang Band 3.
Pendaftaran Muet 2020
Calon perlu daftar peperiksaan MUET terlebih dahulu sebelum menduduki peperiksaan. Daftar pada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan dalam Kalendar MUET oleh MPM. Sila buat pendaftaran awal secara online, pendaftaran selepas tarikh tutup TIDAK AKAN dilayan.
Cara Daftar Muet :
1. Pergi ke Portal http://online.mpm.edu.my/web/guest/
2. Tekan pada “Calon Persendirian”.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
3. Tekan butang “Daftar Pengguna” yang bewarna kuning.
4. Isi setiap maklumat peribadi yang diperlukan.
5. Setelah selesai, login semula menggunakan ID & Kata Laluan yang telah dicipta.
6. Klik “Peperiksaan” & tekan “Pendaftaran Calon Persendirian”
7. Klik gambar “Pendaftaran MUET”.
8. Masukkan nombor pin yang telah dibeli di cawangan BSN.
9. Isi setiap maklumat. Untuk maklumat, pusat ujian adalah bergantung kepada kekosongan.
10. Tekan “Simpan”.
11. Klik “Cetak Slip Pendaftaran” untuk rujukan dari semasa ke semasa.
Jadual Kalendar MPM Muet 2020
Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), tarikh pendaftaran & tarikh ujian untuk sesi MAC 2020 telah diputuskan seperti berikut :
- Tarikh Pendaftaran 14 November 2019 – 9 Januari 2020
- Tarikh Ujian Speaking : 3, 5, 9, 10, 11 dan 12 Mac 2020
- Tarikh Ujian Bertulis : 28 Mac 2020
Semak MPM Muet Result
Untuk membuat semakan status(MUET/D) anda melalui SMS, sila taip
MUET(Jarak)INFO(jarak)Nombor IC dan hantar ke 15888
*Caj penghantaran SMS akan dikenakan sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan RM0.20.
Untuk pengetahuan anda, semakan secara online atau SMS boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi.
Muet On Demand
Bagi pelajar yang tidak berkesempatan untuk mengambil MUET sesi Mac, Julai dan November, MPM telah memperkenalkan MUET on Demand (MoD) secara Computer Based Test (CBT) bagi memberi peluang kepada pelajar untuk memasuki universiti.
Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian yang diambil. Anda boleh daftar MoD di sini:
Daftar SiniElakkan daripada mencari jawapan peperiksaan sedia ada di internet kerana kebanyakkannya sudah lapuk. Portal Malaysia mengucapkan Selamat Berjaya dalam menduduki peperiksaan MPM MUET anda.