Pada musim COVID-19 kini, ramai rakyat sekarang dibebani dengan masalah kewangan. Oleh itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa ahli KWSP boleh membuat pengeluaran KWSP sebanyak RM500 sebulan sepanjang tempoh 12 bulan jika mereka di bawah 55 tahun.
Namun, terdapat juga sebahagian kalangan pencarum KWSP gagal menerima bayaran. Ini kerana, mungkin nombor bank yang dikemukakan ahli lain adalah sama dan kredit ini akan digantikan dengan cek jurubank.
Jika status i-Lestari anda adalah lulus namun gagal dikreditkan, anda mungkin harus mengemaskinikan maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP secara online. Bagi yang mempunyai status Cek Jurubank, cek tersebut akan dihantar ke rumah anda melalui pos berdaftar.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Cara Kemaskini i-Lestari
Seperti yang disebutkan, status gagal mendapat kredit pemohon adalah disebabkan beberapa perkara. Perkara berikut akan menunjukkan punca status gagal dan cara untuk mengemaskinikan KWSP anda.
PUNCA PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP GAGAL DIKREDITKAN
Menurut makluman, terdapat Ahli yang gagal menerima pengeluaran i-Lestari KWSP disebabkan kesilapan memasukan butiran maklumat akaun atau meletakkan nombor akaun pihak ketiga. Bagi pencarum KWSP gagal menerima bayaran pengeluaran i-Lestari kerana nombor akaun bank yang sama dikemukakan oleh Ahli lain dan juga digantikan dengan Cek Jurubank.
Berdasarkan maklumat yang diterima, Ahli yang gagal menerima pengeluaran i-Lestari KWSP adalah kerana butiran maklumat akaun yang dimasukkan adalah salah ataupun nombor akaun pihak ketiga yang telah dimasukkan. Pada masa yang lain, pencarum KWSP yang gagal menerima bayaran disebabkan nombor bank yang sama digunakan oleh Ahli lain dan telah digantikan dengan Cek Jurubank.
CARA PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PEMBAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Jika anda telah menerima sebarang SMS yang menyatakan anda tidak dapat menerima bayaran kerana nombor akaun bank yang diberi adalah sama dengan Ahli lain, anda mengemaskinikan maklumat pembayaran Pengeluaran I-Lestari KWSP seperti berikut:
- Lawati laman web https://ilestari.kwsp.gov.my
- Klik pada Kemas Kini Pengeluaran
- Kemaskini maklumat anda dan pastikan ia sama dengan maklumat dalam permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP sebelum ini.
- Klik pada ‘Saya bukan robot ‘Klik ‘Semak’
Info Tambahan
- Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan Pengeluaran i-Lestari terdahulu tidak akan dipaparkan.
- Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan
- Pengeluaran i-Lestari terdahulu sebagai rujukan bagi melancarkan proses kemas kini maklumat.
- Kemudahan ini hanya kepada ahli yang menggunakan kaedah bayaran secara pengkreditan terus.
- Anda boleh mengemas kini nombor telefon bimbit dan maklumat berkaitan bayaran seperti Butiran Akaun Bank, Amaun Pengeluaran dan Kaedah Bayaran (sekiranya perlu).
- Jika anda memilih untuk mengemas kini Butiran Akaun Bank, sila pastikan akaun tersebut adalah milik AHLI YANG MEMOHON dan MASIH AKTIF bagi melancarkan proses bayaran.
- Sekiranya kaedah bayaran semasa adalah Arahan Bayaran, proses kemas kini maklumat pengeluaran hanya boleh dibuat di kaunter KWSP.
Maklumat Lanjut
- Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: [email protected]
- Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: [email protected]
- Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: [email protected]
- Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: [email protected]
- Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: enquiry
- Soalan Lazim (FAQ) : Faq i-Lestari
Penafian : Kami hanya memberi informasi terkini berkaitan kemaskini pengeluaran i-Lestari KWSP dengan rujukan dari laman sesawang rasmi KWSP, sebarang pertanyaan lanjut boleh terus melalui website rasmi, kami tiada sebarang kaitan bersama KWSP, hanya sekadar menyampaikan info sahih sahaja