Kepada penjawat awam diluar sana yang berkhidmat di bawah Sektor Perkhidmatan Awam, anda boleh mula membuat semakan jadual gaji penjawat awam tahun 2021. Di bawah kami kongsikan jadual gaji penjawat awam 2021 :
Tarikh Pembayaran Gaji Emolumen
Tarikh pembayaran gaji emolumen sudah ditentukan tarikh seperti berikut :
📌Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2021 adalah ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK(S)600-1/7/6(41) bertarikh 4 Disember 2020 – Permohonan Pengecualian AP105 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2021.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Jadual Gaji Penjawat Awam 2021 Malaysia (Kerajaan)
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bermula Januari sehingga Disember bagi tahun 2021 adalah seperti jadual di bawah :

Peraturan Pembayaran Emolumen
Berikut ialah peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa mengenai pembayaran emolumen :
📃Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.
Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)
📌Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
📌Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemas kini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut;
📌Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.
Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
✔️Butiran peribadi;
✔️ Nombor akaun bank; dan
✔️ Nombor rujukan;
💲Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
💲 Cukai Pendapatan;
💲 Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya.
📌Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan.
📌Memastikan semua pembayaran emolumen pegawai awam dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi kes-kes tertentu, kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.
Tanggungjawab Pejabat Perakaunan
🔔Menetapkan tarikh pemprosesan emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
🔔Memastikan semua pembayaran emolumen pegawai awam yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan.
Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari
📅Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan
📅Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.
Maklumat Lanjut
Untuk malumat lanjut atau sebarang pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini boleh rujuk kepada pihak berikut :
Pengarah
📍Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
📧[email protected]
☎️ 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
Sumber Asal: Jabatan Akauntan Negara SPANM BIL. 5/2020