Ramai pihak menggesa kerajaan untuk wujudkan i-Sinar 2.0 atau i-Sinar Plus bagi membantu rakyat yang mengeluh dengan kesempitan hidup gara-gara ‘Total Loackdwon’ PKP ini.
Sebelum ini, pelaksanaa Program i-Sinar & i-Lestari mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai pihak kerana telah membuka harapan baru kepada rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Namun, program-program tersebut telah ditamatkan pada Mac & Jun yang lalu. PKP masih bersambung, bantuan tidak dapat, iLestari & iSinar dah tamat. Jadi bagaimanakah nasib rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 & M40?
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
i-Sinar 2.0 (iSinar Plus)
Pelbagai pihak menggesa kerajaan membenarkan pencarum untuk meneruskan atau membuat program iSinar 2.0 & i-Lestari 2.0 semasa total lockdown ini.
Menurut Tengku Zafrul dalam laman Facebook nya, beliau memberi ‘hint’mengenai isu ini dan kemungkinan kerajaan akan meneruskan i-Sinar & moratorium menyeluruh buat semua rakyat Malaysia.
*Update : Kerajaan baru sahaja mengumumkan program terbaru iaitu i-Citra KWSP. Program terbaru ini diperkenalkan selepas tamatnya program i-Sinar. Harap maklum.
Sama-sama kita nantikan berita baik ini.
Portal Malaysia akan update info-info terkini dari semasa ke semasa.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan di
https://t.me/bantuankerajaan
KWSP Masih Mampu Melaksanakan iSinar 2.0
Menurut pakar ekonomi Malaysia, Profesor Emeritus Dr Barjoyai, KWSP masih mampu & mempunyai dana yang mencukupi.
Beliau berpendapat : “Saya rasa KWSP masih mampu membuat i-Sinar 2.0 & i-Lestari 2.0 walaupun harga saham pasaran agak rendah ketika ini.”
Beliau menambah, aset KWSP masih kukuh & pelaksanaan ini dapat membantu rakyat dalam jangka masa pendek.
Bantuan Kerajaan
Baru-baru ini juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan PKP 3.0 khas untuk B40 & peniaga-peniaga mikro yang terkesan dengan PKP. Dalam bantuan ini, turut disekali BPR Tambahan, Moratorium & GKP Tambahan.
Selain daripada pelan untuk meneruskan iSinar 2 0 ini, rakyat juga berpandangan bahawa kerajaan patut memberi bantuan kepada rakyat yang tidak mencarum KWSP.