EPF Online | EPF bermaksud Employees Provident Fund dalam Bahasa Inggeris. Atau lebih dikenali sebagai KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja). EPF adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang diletak di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.
EPF Online Malaysia – Apa yang Perlu Anda Tahu
Ada 3 jenis elemen dalam penentuan caruman EPF, iaitu:
- Majikan
- Pekerja
- Upah
Majikan bertanggungjawab untuk membuat bayaran caruman EPF bagi pekerja di bawahnya. Majikan perlu memastikan caruman bulanan pekerja mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada EPF. Untuk membuat caruman pembayaran KWSP dengan mudah, sila akses secara dalam talian (online).
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
EPF Login
Untuk login ke sistem EPF ini, anda haruslah mempunyai i-Akaun (Member). Log masuk di bawah:
Login SiniJika anda tidak mempunyai ID, sila ikuti cara mudah untuk mendaftar seperti berikut:
Pendaftaran haruslah dilakukan di Kaunter KWSP. Ahli akan diberi no ID & Kata Laluan selepas mendaftar di kaunter tersebut.
Sila buat pengaktifan sebelum 30 hari. Ahli akan menerima kata laluan melalui SMS. Sila ikuti panduan ringkas pendaftaran EPF di bawah ini:
1. Masuk ke portal rasmi EPF, di tab menu pilih Log Masuk & tekan i-Akaun (ahli)
2. Isi No Ahli yang diterima.
3. Isi Kata Laluan (dari SMS) dan Log Masuk.
4. Sila cipta Kata Laluan yang baru.
Tahniah pendaftaran anda telah berjaya. Anda sudah boleh log terus ke i-Akaun untuk sebarang urusan.
EPF Contribution
Caruman wajib bagi pekerja adalah sebanyak 11% daripada gaji.
Untuk majikan yang berpendapatan RM5000 & ke bawah pula adalah sebanyak 13%. Manakala majikan berpendapatan RM5000 ke atas wajib membuat caruman sebanyak 12%.
Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian daripada Portal Malaysia ini, semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli pencarum EPF.