EBelia PEMERKASA Bantuan e-Wallet RM150 bantuan terkini. Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Kredit RM150 kepada golongan yang layak.
EBelia ini khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi (PEMERKASA) yang telah diumumkan oleh PM pada 17 Mac 2021 yang lalu.
Apakah E-Wallet EBelia PEMERKASA
Melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah umumkan bantuan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, kemudian telah dinaikkan menjadi RM150 pada tahun ini.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Melalui program ini, mereka yang layak akan dapat bantuan RM150 secara one-off dan boleh ditebus melalui beberapa aplikasi yang telah dipilih.
Anda kini boleh melalukan transaksi tanpa tunai dalam urusan pembelian barangan secara online.
Siapa Yang Layak Dapat eBelia Bantuan RM150?
Dalam program PEMERKASA ini, kerajaan telah menetapkan Program eBelia ini khas untuk golongan berusia antara 18 hingga 20 tahun serta pelajar Institut Pengajian Tinggi.
- Belia berumur 18 – 20 tahun
- Pelajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)
Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.
Kerajaan ada juga mengumumkan Bantuan RM1000 Golongan Belia khas untuk mereka yang layak.
Baca Juga : Bantuan PKP 3.0
Tarikh Penebusan eBelia Wallet RM150
Tarikh & tempoh tuntutan kredit e-Wallet ini adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.
Cara Penebusan & Permohonan Kredit e-Wallet RM150
Kerajaan telah memilih beberapa eWallet yang popular di Malaysia dan anda boleh tebus melalui aplikasi berikut :
- Touch n Go
- ShopeePay
- Boost
- BigPay
Ikuti setiap langkah penebusan melalui aplikasi eWallet masing-masing :
a. Ebelia Shopee
- Klik pautan berikut untuk cara pendaftaran : eBelia ShopeePay
b. Ebelia Touch N Go
- Sila layari di website TNG untuk pendaftaran : Klik Sini
c. Ebelia Boost
- Sila layari di website Boost untuk pendaftaran : Klik Sini
Berapakah jumlah eWallet dalam program eBelia ini?
Bantuan secara one-off bernilai RM150 akan diberikan melalui aplikasi yang ditetapkan.
Bila tarikh & tempoh penebusan?
Tarikh penebusan boleh dilakukan pada 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021.
Bagaimanakah cara penebusan eWallet RM150 ini?
Penebusan boleh dilakukan melalui aplikasi yang terpilih. Antaranya melalui Shopee, Touch N Go, Boost.
Semoga berjaya dalam permohonan dan penebusan anda. Portal Malaysia berharap agar artikel ini bermanfaat untuk anda.