egaji atau e penyata gaji adalah sebuah sistem akses kepada penyata gaji atas talian untuk Kakitangan Kerajaan di peringkat Persekutuan, dengan menggunakan kaedah online sahaja anda boleh buat semakan, dan print out peyata gaji bulanan/tahunan anda.
Laporan ePenyata ini hanya menyimpan maklumat dan data Penyata Gaji Bulanan bagi empoh 18 bulan. Dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun yang terkini sahaja.
Sistem ini bertujuan untuk memudahkan para penjawat awam untuk membuat semakan gaji secara atas talian (online). Dengan adanya sistem secara atas talian ini, slip gaji bulanan seseorang penjawat awam boleh diakses secara atas talian. Ia boleh disemak sehari atau dua hari sebelum tarikh pembayaran gaji penjawat awam.
eGaji Sistem ePenyata Gaji 2020
Semua kakitangan digalakkan untuk memuat turun dan menyimpan maklumat slip gaji ini, kerana maklumat dan data secara automatik akan dikeluarkan dari sistem sekiranya terlalu lama.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
📌Antara Kakitangan Persekutuan yang terlibat:
💰Jabatan Kewangan
📚Jabatan Pelajaran
🗂Jabatan Perdana Menteri
🏫Kementerian Pendidikan
🏥Kementerian Kesihatan
🏛Jabatan atau Kementerian lain.
📌Sistem e penyata gaji kini boleh diakses secara atas talian/ online untuk memudahkan pengguna membuat semakan penyata gaji secara online dan kemudahan lain seperti sistem emaklum ANM. Pengguna wajib mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan sistem ini.
Daftar Sistem Penyata Gaji
Kakitangan pelu buat pendaftaran baru di sistem e-Penyata Gaji JANM terlebih dahulu, dan ikuti setiap langkah yang ditunjukkan di bawah.
1. Daftar di link ini : ePenyata Gaji ANM
2. Tekan Pertama Kali Mendaftar.
3. Isi segala maklumat peribadi : Kad Pengenalan, No Gaji, Kata Laluan dan alamat emel yang sah daripada jabatan.
4. Untuk No Gaji, boleh dapatkan dengan hubungi pegawai Unit Gaji di tempat bertugas.
5. Login menggunakan No IC dan Kata Laluan anda, kemudian kemaskini profil anda.
Semakan Penyata Gaji Secara Online
Untuk membuat semakan dan download slip gaji anda, anda hanya perlu ikuti langkah di bawah:
1. Login masuk http://www.anm.gov.my/index.html
2. Tekan “Sendiri” di bawah Penyata Gaji.
3. Pilih bulan & tahun yang anda ingin semak, tekan Cari.
4. Untuk semak penyata Gaji Tahunan pula, pergi ke “Sendiri” di bawah Penyata Pendapatan Tahunan.
5. Anda boleh download dan cetak slip gaji atm tersebut untuk kegunaan masa hadapan.
Lupa Kata Laluan E Penyata Gaji
✅Jika anda terlupa kata laluan / password yang anda daftarkan dalam sistem E-Penyata ini, anda hanya perlu pergi ke sistem tersebut, daftar dan klik “Terlupa Kata Laluan“.
✅Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan No Gaji. Anda akan diberikan pilihan Soalan Keselamatan. Jika anda jawab dengan tepat, kata laluan lama akan dinyatakan semula dalam sistem.
✅Jika terlupa jawapan untuk pilihan soalan, klik Reset Kata Laluan. Kata Laluan sementera akan diberikan kepada anda melalui SMS atau emel yang telah didaftarkan.
Download e-Gaji Penyata Gaji Online
- Klik pada Submenu – Dekat depan portal rasmi anm ketik submenu ‘SENDIRI’ untuk download slip gaji sendiri.
- Pilih tahun dan bulan – Ketik pilih tahun dan bulan dan ketik ‘Cari’. Jadual gaji tahun/bulan tersebut keluar.
- Print atau Simpan – Boleh print dan simpan dalam pc/laptop/smarphone untuk kegunaan masa akan datang.
Maklumat Penting!
📝ANM mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa menggunakan url Sistem ePenyata Gaji dan Laporan yang sah sahaja untuk mendapat penyata gaji bulanan atau penyata pendapatan tahunan tuan/puan.
📝Pihak ANM tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran maklumat tuan/puan ketika melayari laman web atau sistem yang bukan milik Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Sila pastikan kata laluan tuan/puan tidak dikongsi dengan orang lain bagi mengelak penyalahgunaan maklumat oleh pihak tidak bertanggungjawab.
📌Tips dari kami, kalau nak layari laman sesawang rasmi ANM pastikan ianya ada (.gov.my) http://www.anm.gov.my/ selain dari url rasmi sila elakkan, terutamanya link url melalui email.
Info Lanjut Penyata Gaji ANM
Sistem ini telah dibuat oleh kerajaan bukan sahaja untuk memudahkan pengguna kakitangan malah dapat menjimatkan kos yang tinggi. Pekerja kini mudah untuk menyemak maklumat gaji untuk pelbagai kegunaan seperti caruman SOCSO, KWSP, PTPTN dan elaun lain.
[wp-svg-icons icon=”office” wrap=”i”] Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana, Presint 2
62594 Putrajaya
📞 03-88821000