Menerusi MyCtos Basic Report di CTOS online anda boleh pantau dan lihat laporan ctos score anda secara online dan pantas.
Apa itu Ctos? ctos meaning atau bermaksud Credit Tip Off Service yang memberikan perkhimatan laporan maklumat rahsia kredit seseorang individu dan ianya diuruskan oleh pihak swasta berbeza dengan CCRIS yang dikendalikan oleh agensi kerajaan sendiri menerusi Bank Negara.
Apa bila kita sebagai penjamin kepada seseorang misalnya, menjaga ctos score amatlah penting dalam pengurusan kewangan harian kita, kalau dah sampai tahap kritikal perlulah kita ambil tindakan sewajarnya.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
So, dengan adanya sistem ini memudahkan anda check blacklist ctos online ada sama ada ok atau tidak.
Cara Daftar Ctos Online
Untuk membuat semakan CTOS Score dan mendapat laporan lengkap berkaitan denganya anda perlu “Daftar” terlebih dahulu.
Bagai mana nak buat “Pendaftaran Baru”?
0️⃣1️⃣Masuk ke ka pautan Daftar Ctos Online sehingga paparan seperti diatas dipaparkan.
0️⃣2️⃣Dah berjaya masuk isi semua maklumat yang diminta seperti identiti dokumen, nama, nric, email anda, bahasa yang nak anda gunakan, mobile number (perlu verification) kod akan dihantar ke sms anda.
0️⃣3️⃣Baca “Policy” yang dikepilkan di sudut bawah tersebut, kalau dah setuju klik “Continue”.
0️⃣4️⃣Dah selesai, semak email anda dah buat pengesahan.
*Dah sattle semua pihak ctos perlukan tiga (3) hari untuk diaorang buat pengesahan, dah lulus anda akan diberitahu melalui email.
Cara Ctos Login (Logmasuk)
Untuk ctos login seperti yang first tadi anda perlu daftar dahulu, dah 2-3 hari akaun dah lulus barulah anda boleh buat self check login, bagaimana cara nak login rujuk dibawah ini.
0️⃣1️⃣Masuk Ctos Login akaun untuk logmasuk.
0️⃣2️⃣Masukkan No.IC anda yang dah anda buat pendaftaran tadi tanpa “-“.
0️⃣3️⃣Masukkan Kata Laluan (Password) anda
0️⃣4️⃣Kalau lupa Password boleh tekan “forgot password” untuk reset baru.
0️⃣5️⃣Klik Login dan selesai.
Semak Ctos Melalui SMS Ada Ke?
📌Boleh ke semak ctos credit manager menerusi sms? persoalan yang sering ditanya ramai. Jawapannya setakat yang kami lihat belum ada lagi sistem semak menerusi “SMS”. So, hati-hati dan berwaspada apabila ada tawaran yang pelik berkaitan ctos atau berkaitan denganya ditawarkan menerusi SMS.