Cara Untuk Memohon Sijil Halal JAKIM

Sebagai seorang Muslim, logo halal pada sesuatu produk makanan, komestik, perubatan dan sebagainya adalah sangat penting bagi memastikan produk itu bersih dan selamat digunakan tanpa was-was.

Dengan mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, ini membuktikan bahawa produk yang hasilkan adalah halal mengikut syarak’.

Untuk memohon sijil halal ini tidaklah rumit malah sangat mudah cara pemprosesannya. Ini antara senarai ketegori yang layak dan tidak layak memohon Sijil Pengesahan Halal.

Pemohon Yang Layak Memohon


  1. Pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer).
  2. Pengedar/penjual (distributor/ trader).
  3. Pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer).
  4. Pembungkusan semula (repacking).
  5. Premis makanan (food premise).
  6. Rumah sembelih (abattoir/slaughter house).

Permohonan Akan Ditolak Dan Tidak Layak


  1. Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal.
  2. Produk yang tidak halal.
  3. Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan.
  4. Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  5. Pewarna rambut (hair color / hair dye).
  6. Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara.
  7. Baja dan makanan binatang.
Lihat Juga  Tarikh Semakan Status Rayuan BSH 2020

Bagaimanakah Cara Untuk Mengisi Borang Sebagai Pemohon


Pemohon perlulah mengisi borang yang bersesuaian :

  • Produk / Barangan Gunaan
  • Premis Makanan
  • Rumah Sembelih

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:

  • Profil syarikat.
  • Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan.
  • Bahan ramuan yang digunakan.
  • Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan.
  • Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan).
  • Jenis bahan pembungkusan.
  • Proses dan prosedur pengeluaran.
  • Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada).
  • Peta lokasi premis / kilang.
  • Pemohon hendaklah menyediakan fail khas “Sijil Pengesahan Halal” untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.
Lihat Juga  TNB Online

Kadar Caj Pembayaran


Jadual 1 : Yuran Industri Bagi Tempoh 2 Tahun

 

Jadual 2 : Ciri-Ciri Industri

 

Jadual 3 : Kadar Yuran Rumah Sembelih Mengikut Saiz Premis Bagi Tempoh 2 Tahun

 

Jadual 4 : Saiz Premis Rumah Sembelih

 

Jadual 5 : Kadar Yuran Premis Makanan/Restoran Dapur Hotel/Penyajian Makanan Bagi Tempoh 2 tahun.

 

Anda juga boleh Muat Turun Borang Permohonan Sijil Halal Premis Makanan DISINI

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3