Cara Mohon Skim Mesra Usia Emas Selangor (SMUE)

SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) merupakan sebuah agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008. Pada Januari 2017, “Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)” telah dijenamakan semula menjadi: “IPR: Inisiatif Peduli Rakyat”. Baca perkongsian di bawah untuk perkongsian lebih terperinci mengenai Skim Mesra Usia Emas :

Apa Itu Skim Mesra Usia Emas?


Sebanyak Rm2,500 diperuntukkan oleh Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang bermula sebagai skim kahirat kematian kepada warga emas dan OKU yang layak. Program khairat kematian ini telah dihentikan bermula pada 1hb Mei 2018 dan diganti pemberian manfaat semasa hidup di dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM 100 setahun kepada warga emas / OKU yang layak, sempena musim perayaan dan dijangka bermula pada bulan Oktober tahun 2019.

Lihat Juga  Intipati Perutusan Perdana Meteri : Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar

Kerajaan Negeri Selangor telah membuat penambahbaikan dengan hasrat untuk menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri semasa mereka masih hidup. Baucer Jom Shopping ini akan membantu golongan warga emas dalam membeli barang keperluan asas sebagai kelengkapan menjelang musim perayaan.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Syarat Permohonan SMUE


Berikut ialah syarat permohonan SMUE :

🧓Kategori Warga Emas

✅Warganegara Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN

✅Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

✅Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 dan
sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; ATAU

✅Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.
(perlu dapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada**pegawai pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja)

Lihat Juga  BKC - Bantuan Khas Covid19 | Bayaran Sehingga RM1300 Untuk Miskin Tegar, B40 & M40

✅Alamat tempat tinggal dalam MyKad pemohon mestilah di Negeri
Selangor sahaja.

👨‍🦽Kategori OKU

✅Warganegara Malaysia; DAN

✅Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor (tiada had umur); DAN

✅Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri
Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun.
(perlu dapatkan cop pengesahan taraf mastautin daripada
**pegawai pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja)

✅Alamat tempat tingggal dalam MyKad pemohon mestilah di Negeri
Selangor sahaja.

**Jawatan pegawai pengesah yang dibenarkan untuk mengesahkan taraf mastautin pemohon adalah seperti berikut:

Ahli Parlimen / Senator
ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
Penghulu / Ketua Kampung
Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
Pengerusi Taman Perumahan
Nazir Masjid / Pengerusi Surau / Ketua Tokong / Ketua Kuil / Ketua Gereja

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan


Berikut ialah senarai dokumen sokongan yang diperlukan bagi membuat permohonan SMUE :

📁Salinan MyKad Pemohon

📁 Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (untuk pemohon OKU).

Lihat Juga  Claim Baucar Shopee RM400 Daripada Kerajaan Sekarang!

📁Bagi pemohon yang tinggal dalam sebuah pertubuhan / rumah kebajikan, berikut adalah dokumen tambahan yang diperlukan:

📜Salinan dokumen pendaftaran pertubuhan
📜Surat kuasa daripada pemohon memberi kebenaran kepada pertubuhan mewakili bagi pihak pemohon dalam urusan berkaitan manfaat dalam program ini.
📜Perlu hantar borang permohonan di pejabat YAWAS dan disahkan oleh pegawai YAWAS dengan merujuk kepada dokumen sebenar.

Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas 


Bagi anda yang ingin membuat permohonan Skim Mesra Usia Emas, anda boleh muat turun borang permohonan SMUE ini di pautan di bawah :

📝Muat Turun Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (PDF)

Jadual Jom Shopping SMUE 


Berikut adalah senarai Jadual Jom Shopping SMUE akan datang yang disediakan bersama nama program, tarikh program dan masa program. Klik pautan di bawah untuk membuat semakan :

📅Senarai Jadual Jom Shopping SMUE

Maklumat Lanjut 


📍Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
4000 Shah Alam, Selangor.

📧 [email protected]

☎️ 03 5481 8800

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3