Pada rakyat Terengganu, terdapat satu Insentif Bayaran Balik yang diperkenalkan untuk pelajar yang telah membuat pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu dan mereka menawarkan diskaun sebanyak 15% bagi rakyat Terengganu yang ingin membuat penyelesaian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga hujung tahun 2020.
Insentif ini merupakan peluang menarik dan meringankan beban kepada anda yang ingin menjelaskan pinjaman pengajian Yayasan Terengganu pada tempoh tertentu. Baca perkongsian dibawah untuk maklumat yang terperinci tentang Diskaun Bayaran Balik Pinjaman ini :
Syarat Kelayakkan 15% Diskaun Bayaran Balik Pinjaman YT
Bagi rakyat Terengganu yang membuat pinjmaan Yayasan Terengganu dan ingin meneyelesaikan bayaran balik pinjaman, anda mestilah penuhi syarat-syarat di bawah :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
✅Baki pinjaman dijelaskan dalam tempoh berkuatkuasa 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020
✅Penyelesaian hendaklah dibuat secara sekaligus dan diskaun berdasarkan Baki Semasa Pinjaman
✅Pengiraan diskaun dikira ke atas Baki Semasa Pinjaman (diskaun tidak melibatkam caj tambahan seperti kos guaman)
✅diskaun diberikan kepada semua Kursus, Peringkat Pengajian dan semua jenis pinjaman
✅Peminjam yang telah mendapat penghapusan tidak layak mendapat diskaun
Cara Mohon
Bagi rakyat Terengganu yang ingin menyelesaikan hutang dan ingin membuat permohonan Diskaun Bayaran Balik Pinjaman ini, anda boleh ikuti kaedah di bawah :
📝Saluran bayaran akan disediakan bagi membuat pembayaran. Peminjam hendaklah mendapat Pengesahan Baki Sebenar dan Pengiraan Diskaun terlebih dahulu daripada Bahagian Kutipan Balik Pinjaman Yayasan Terengganu sebelum membuat pembayaran.
📝Peminjam yang ingin membuat pembayaran secara “online banking“, peminjam hendaklah kemukakan penyata bayaran ke Bahagian Kutip Balik Pinjaman Yayasan Terengganu.
Memandangkan Yayasan Terengganu telah memberi insentif Diskaun Bayaran Balik ini kepada rakyat Terengganu, ini adalah peluang terbaik yang perlu anda gunakan dan selesaikan lebihan pinjaman anda dengan mendapatkan diskaun sebanyak 15%.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan anda boleh rujuk atau hubungan ke :
☎️09-622 1733
📠09-623 2944