Kerajaan dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) kini melancarkan SAVE 3.0 (Program Sustainability Achieved Efficiency), menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 untuk pembelian barangan elektrik cekap tenaga.
Untuk makluman, program ini adalah kesinambungan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Ia membawa lebih ramai pengguna untuk mendapatkan produk penjimatan tenaga, sekali gus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang cara menebus baucar diskaun RM400.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Join Group Whatsapp Bantuan Kerajaan ini
& Anda Layak Dapat Bantuan
Klik Sini
Apa Itu Program SAVE 3.0?
Program e-rebat maksimum RM400 khas untuk isi rumah yang ingin membeli peralatan eletrik berlabel 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:
- Rebat ini hanya terhad kepada 1 akaun sahaja untuk pembelian untuk 2022 atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’.
- Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik yang berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
- Penerima e-rebat untuk Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon kategori satu Program SAVE 3.0.
- Pembelian boleh dibuat secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk dalam talian melalui platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
Kategori Pembelian di Bawah SAVE 3.0
Untuk makluman, Program Save 3.0 terbahagi kepada dua kategori iaitu:
Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan
Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.
Rebat RM400
Setiap isi rumah di Malaysia layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian barang elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.
Cara Claim/ Tebus
Untuk menebus baucar JIMAT 3.0 di Shopee, sila rujuk rajah di bawah:
Untuk maklumat lanjut, layari:
- Shopee: https://shopee.com.my/m/program-save
- Lazada: https://www.lazada.com.my/program-save
- PG Mall: https://www.pgmall.my/
- Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menggunakan baucar ini)
Tarikh Tutup Penebusan
Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun bermula Januari 2022 hingga Disember 2022.