BPR online adalah bantuan baharu yang bakal menggantikan BSH pada tahun 2021 ini, dimana terdapat beberapa kategori isi rumah dan bujang yang bakal dapat bantuan. BPR telah dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Belanjawan 2021. Anda boleh buat semakan kelulusan BPR di Portal Rasmi apabila permohonan telah dibuka.
Apakah Itu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)?
Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR merupakan insentif yang kerajaan akan berikan menerusi belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada 6 November lalu, ianya merupakan pergantian kepada bantuan sedia ada iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH), sekiranya belanjawan ini diluluskan, maka insentif baru ini akan dilaksanakan bagi BSH digantikanya.
Semakan Kelulusan BPR
Semakan BPR boleh dibuat secara online. Sila ikuti langkah-langkah di bawah :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Pergi ke Portal Rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login dan log masuk.
- Isi Kad Pengenalan anda.
- Tekan butang Semakan Status.
- Status paparan akan dipaparkan.
Semakan BPR Tambahan
Kerajaan juga telah mengumumkan BPR Tambahan dalam program PEMERKASA +. Pembayaran telahpun dilaksanakan secara berperingkat mulai 30 Jun 2021.
Mereka yang layak akan dapat RM100 -RM500.
Semakan boleh dilakukan di https://bpr.hasil.gov.my/
Jumlah Pembayaran BPR
Jumlah Bantuan Prihatin Rakyat 2021 | |
---|---|
Golongan | Jumlah Bantuan |
Isi Rumah pendapatan kurang RM2500 (Anak 2 orang atau lebih) | RM1800 |
Isi Rumah pendapatan kurang RM2500 (Anak 0-1 orang) | RM1200 |
Isi Rumah pendapatan RM2501 – RM4000 (Anak 2 orang atau lebih) | RM1200 |
Isi Rumah pendapatan RM2501 – RM4000 (Anak 0-1 orang) | RM800 |
Isi Rumah pendapatan RM4000 – RM5000 (Anak 2 orang atau lebih) | RM750 |
Isi Rumah pendapatan RM4000 – RM5000 (Anak 0-1 orang) | RM500 |
Bujang pendapatan RM2500 ke bawah | RM350 |
Permohonan Baru BPR 2021
Pendaftaran permohonan BPR online 2021 bermula pada 15 Januari 2021 hingga 25 Februari 2021 (tertakluk kepada perubahan).Untuk makluman yang permohonan BPR 2021 boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut:
Permohonan Secara Dalam Talian
- Portal Rasmi semak BPR 2021 -> LHDNM (macam biasa tunggu waktu lapang skit kalau nak buka, sekarang jem)
- Aplikasi Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit (yang ni bahaya sedikit, kena cari apps yang betul-betul gov punya).
Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan boleh didapati secara percuma (Klik Sini)
1. Portal Rasmi BPR LHDNM
2. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Untuk yang guna borang anda boleh menghantar Borang BPR 2021 di kaunter-kaunter berikut:
a. Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
b. Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
c. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
d. Pejabat Daerah / Pejabat Residen
e. Atau penghantaran secara Pos ke alamat seperti berikut:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800 Selangor
* Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.
Pembayaran BPR Malaysia Fasa 1
Untuk pembayaran BPR Fasa Pertama, tarikh pembayaran adalah pada penghujung Februari 2021. Bayaran akan diagihkan secara berperingkat.
Syarat Kelayakan BPR Online
Bagi tahun 2021, Kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup atau BSH kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan yang lebih baik seperti berikut:
Kategori Kelayakan Permohonan BPR 2021
Isi Rumah
1. Kahwin; atau
2. Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
3. Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60 tahun dan ke atas
Bujang
1. Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
2. Had umur:
– 21 tahun hingga 59 tahun; atau
– 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU
Kriteria Kelayakan Permohonan BPR 2021
Isi Rumah
1. Pemohon
– Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
– Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
2. Pasangan
– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
– Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)
3. Anak (jika mempunyai anak)
– Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
– Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
– Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
– Had umur:
a. 17 tahun dan ke bawah; atau
b. 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta
Bujang
1. Pemohon
– Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
– Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
– Lelaki atau wanita yang berumur:
a. 21 tahun hingga 59 tahun; atau
b. 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU
Perbezaan BSH dan BPR Malaysia
Berikut ialah rajah yang menunjukkan perbezaan di antara BSH dan BPR dan juga jenis pendapatan dan jumlah bantuan yang layak diperolehi :
Soalan Lazim (FAQ)
Bilakah permohonan BPR 2021 dibuka?
Permohonan BPR dibuka mulai 15 Januari higga 15 Februari 2021.
Bagaimana cara memohon BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat 2021 ini boleh dimohon secara online dan manual. Sila download borang di sini.
Saya lulus BPN & BSH, adakah saya perlu kemaskini?
Sekiranya ada pertambahan anak atau perubahan maklumat, anda perlu kemaskini.
Macam mana nak semak status permohonan?
Boleh dibuat secara online di sini. Atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan.
Portal Malaysia berharap agar pembaca mendapat manfaat dan info yang berguna daripada artikel BPR semakan online ini. Mohon sebarkan dan kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan adik-beradik anda.
Maklumat Lanjut BPR
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi berikut:
📍Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
☎️Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747
⏰(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
☎️MoF: 03-8882 4565 / 4566
⏰(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
🏢Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC
LHDNM