Download dan isi Borang STR (Sumbangan Tunai Rahmah). Pendaftaran STR kini boleh dibuat secara online atau manual hingga 31 Mac 2023 melalui portal rasmi STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/.
Dan sekiranya terdapat sebarang pindaan tarikh tersebut, Kerajaan akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Kelayakan Permohonan Baru STR
Pemohon yang perlu membuat permohonan STR baharu adalah seperti berikut:
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
- Pemohon yang tidak mempunyai rekod dalam sistem STR; dan
- Dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Dengan pendapatan RM2,500 ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang memenuhi syarat kelayakan
Permohonan STR Melalui Borang (BK-01)
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma melalui :
- Portal Rasmi STR LHDNM >>Borang BK-01<<; atau
- Pejabat LHDN / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDN
Atau anda juga boleh memuat turun (download) melalui butang di bawah;
Borang Permohonan BK-01 STR 2023 (Download Sini)
Penyerahan Borang
Sila Borang STR ke Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan anda;
Ataupun
Penghantaran melalui Pos. Walau bagaimanapun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat berikut:
Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR
Penghantaran faks dan e-mel tidak diterima.
Dokumen yang perlu diserahkan semasa memohon STR 2022
Salinan dokumen-dokumen sokongan untuk pemohon/suami/isteri/anak (jika berkaitan) yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
a) Pemohon:
- Salinan Sijil Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN; atau
- Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil Cerai/Pembubaran Nikah (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN; atau
- Salinan Dekri Sijil Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah
- Salinan Kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
b) Pasangan:
- Salinan kad pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS); atau
- Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
c) Kanak-kanak
- Salinan Sijil Kelahiran; dan
- Salinan MyKad / MyKid
Borang Penyerahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) hendaklah diisi dan diserahkan semasa menyerahkan dokumen sokongan yang berkaitan ke Pejabat LHDNM ATAU boleh dimuat naik ke sistem STR semasa permohonan dalam talian.
Muat turun Borang Penyerahan Dokumen Sokongan STR (BK-04) di bawah;
Borang Serahan Dokumen Sokongan STR (Donwload Sini)
Permohonan Online
Untuk permohonan STR secara online, sila ke laman rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/, klik Permohonan Baharu dan isi setiap maklumat yang diperlukan.
Rujuk Kemaskini STR untuk maklumat lanjut.