Bantuan SARA Tambahan RM600 Telah Dikreditkan – Bantuan STR Fasa 4 merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tambahan STR sebanyak RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai pembayaran Sumbangan Asas Rahmah SARa.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Baca Juga : Permohonan STR 2024
STR FASA 4 – Penerima Bantuan
STR Fasa 4 akan dikreditkan kepada penerima yang layak tidak lama lagi iaitu dijangkakan pada akhir bulan November 2023.
Tarikh Bayaran Fasa 4 STR
Bayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023. Biasanya bayaran akan dikreditkan pada minggu ketiga NOVEMBER 2023.
Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR juga boleh dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
Semakan Status MySTR Online
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai Oktober 2023
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut
Sumbangan Asas Rahmah (SARa) RM600
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah sebanyak RM600 membabitkan lebih 200,000 penerima di mana penerima akan dapat RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.
Kerajaan akan buka permohohonan baru pada awal November 2023 dan akan dibuka sepanjang tahun tempoh permohonan.
Untuk maklumat anda, dalam belanjawan 2024 baru-baru ini, kerajaan akan meluaskan bantuan SARA ini kepada 700,000 penerima STR.
Dan akan dinaikkan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM1200 (RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan).
Semakan Kelayakan Bantuan SARA
Berikut dikongsikan cara untik buat semakan kelayakan SARa MySTR 2023.
- Pergi ke portal semakan MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
- Klik SEMAK STATUS
- Masukkan nombor IC anda
- Masukkan Captcha yang betul
- Tekan butang semak
Status kelayakan akan dipaparkan sama ada anda layak atau tiada di dalam rekod.