Bantuan Nadma merupakan inisiatif bantuan daripada Kerajaan Malaysia Dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu rakyat yang terkesan daripada pandemic ini. Dalam pada masa yang sama jugak, kerajaan juga baru mengumumkan mengenai bantuan i-Citra bagi mereka yang mempunyai akaun KWSP.
Kadar Bantuan Nadma
Mereka yang layak akan dapat RM100 sehari sehingga 14 hari (maksimum).
Bantuan ini adalah secara one-off dan akan diberikan sekali sahaja dalam tempoh jangkitan Cov19.
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Jika kes yang berulang kali, anda tidak akan diberikan bantuan lagi.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Siapa Yang Layak Bantuan Nadma RM100?
Syarat-syarat kelayakan untuk bantuan ini adalah seperti berikut :
- Rakyat Malaysia yang telah hilang sumber pendapatan/ tidak dibayar gaji kerana terpaksa berkuarantin atas arahan KKM.
- Rakyat Malaysia yang bekerja tapi telah hilang sumber pendapatan/ tidak dibayar gaji sepanjang tempoh rawatan di wad hospital (warded) disebabkan Covid-19.
Cara Permohonan :
1. Jika anda menepati syarat kelayakan, sila muat turun dokumen berikut :
- Lampiran A – Borang Bantuan Khas Covid19
- Lampiran B – Borang Akuan Kehilangan Pendapatan
- Lampiran C – Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (jika tiada akaun bank)
2. Permohonan yang lengkap perlu hantar melalui pos ke :
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
3. Antara dokumen yang diperlukan adalah :
- Borang-borang lampiran A & B, Borang C (jika perlu)
- Salinan Kad Pengenalan
- Dokumen asal KKM (Discharge note/ sijil cuti sakit etc..)
- Salinan penyata bank
Maklumat Lanjut : Panduan
Semak Status Kelayakan Permohonan Nadma
Sila semak kelayakan permohonan anda di sini :
https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/
Anda juga boleh semak Bantuan Khas Pengurusan Kematian dengan memasukkan kad pengenalan si mati.
Kaedah Pembayaran Bantuan Nadma
Jika anda lulus permohonan bantuan ini, bayaran akan dibaut secara EFT (Electronic Fund Transfer) dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan.
Info Lanjut
Apakah itu bantuan Nadma?
Nadma menyediakan bantuan sebanyak RM100 sehari sehingga 14 hari (maksimum) bagi mereka yang terkesan dengan pandemin ini.
Berapakah kadar bantuan Nadma?
Yang berkelayakan akan dapat RM100 sehari sehingga 14 hari. Dengan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
Perlu hantar borang?
Ya, sila muat turun borang di sini dan hantar ke alamat yang ditetapkan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khidmat di bawah :
+603 8870 4800 @ [email protected] (email)
Sumber : NADMA.Gov