Apa Itu TEMCO

Baru-baru ini daerah di Kedah mengalami peningkatan kes cv mendadak, semalam MB Kedah mengumumkan TEMCO di beberapa kawasan, Apa itu TEMCO? TEMCO merupakan singkatan nama bagi Targeted Enhancement Movement Control Order atau adalam bahasa Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran.

Menurut sumber 5 sekolah telah diarahkan tutup sehingga 29 ogos disebabkan penigkatan kes yang berpunca dari kluster PUI Sivagangga.

Kemaskini terkini, Temco diperluaskan di negeri jiran kedah iaitu perlis beberapa kawasan di Sanglang, Perlis terlibat.

Ringkasan Kluster PUI Sivagangga


Seorang individu yang langgar arahan kuarantin di rumah setelah pulang dari luar negara pada 13 Julai.

  • 230 orang perlu dikesan dan disaring.
  • 20 orang telah dipasti positif dan dihantar ke hospital termasuk dua murid sekolah rendah
  • 13 individu masih tunggu keputusan
  • Lima sekolah Kedah diarahkan tutup sebulan
  • Semua premis terlibat termasuk sekolah, tempat perniagaan dan rumah perlu dijalankan proses aktiviti pembersihan dan nyahkuman
  • Aktiviti pengesanan aktif kontak rapat masih berjalan.
Lihat Juga  Jadual Pembayaran BKM 2022 - Isi Rumah & Bujang

Senarai Kawasan TEMCO Kedah


Tedapat beberapa kawasan/mukim yang terlibat dengan TEMCO antaranya adalah

  • Mukim Ah
  • Mukim Hosba
  • Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu
  • Kampung Ulu, Padang Sanai di Mukim Padang Terap.

Sekolah Terlibat

Daerah Kubang Pasu

  • Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba
  • SMK Megat Dewa
  • SK Megat Dewa

Darah Padang Terap

  • Sekolah Kebangsaan Kubang Palas

SOP Pelaksanaan TEMCO Guru Sekolah

  • Guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir sama sekali.
  • Guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO.
  • Guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO tetapi perlu melalui kawasan TEMCO adalah dibenarkan
  • Pengecualian hanya bagi essential services.
Lihat Juga  Semakan Bantuan Keluarga Malaysia BKM - Dapat RM2,000 Tunai!

*tertakluk kepada perubahan yang diputuskan di peringkat pusat

Senarai Kawawan TEMCO Perlis


Kawasan Sanglang dikenakan Temco selama 28 hari bermula 8 ogos hingga 4 september 2020, antara kampung yang terlibat adalah :

  • Kampung Kuala Sanglang
  • Kampung Tanah Timbul

Sumber :

  • Pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
  • AstroAwani
  • Azlan Man (Menteri Besar Perlis)

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3