Home » Isu Semasa » Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Ke atas Pihak Cetus Provokasi – PRN MELAKA

Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Ke atas Pihak Cetus Provokasi – PRN MELAKA

MELAKA – Polis akan mengambil tindakan tegas keatas mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi yang melampau sehingga mengganggu gugat keselamatan awam sepanjang proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata pihaknya memberi jaminan keadaan keselamatan terkawal untuk masyarakat menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kita akan menggerakkan semua elemen yang ada dalam kontijen negeri selain mendapat bantuan sumber manusia yang merangkumi kekuatan elemen daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk mengatur gerak menghadapi segala kemungkinan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

“Polis juga akan memastikan proses pengundian yang ditetapkan SPR bermula 8 pagi hingga 5.30 petang bagi membentuk kerajaan yang mendapat mandat itu berjalan lancar dan selamat,” katanya.

Beliau menambah, semua pengundi yang layak diminta menjalankan hak dan tanggungjawab mereka tanpa perlu risau akan keselamatan diri.

Beliau juga menasihatkan rakyat di negeri itu untuk menerima keputusan pilihanraya itu dengan penuh kematangan dan hati terbuka.

PRN melaka diadakan oleh kerana pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Oktober 2021 yang lepas.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah panduan dan ringkasan yang related dengan “Polis Beri Amaran Ambil Tindakan Tegas Ke atas Pihak Cetus Provokasi – PRN MELAKA” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes