Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia
Portal 1Malaysia

Pokok Lidah Jin Jejas Kesihatan Jika Tanam Dalam Rumah – Pakar

by portalmalaysia
January 4, 2021
in Tips/Petua
A A

Sekarang ni viral Pokok Lidah Jin atau orang panggil Pokok Lidah Mentua dan menjadi  trend orang tanam pokok tersebut dalam pasu dan diletakkan di dalam rumah.

Senarai Kandungan

  • Boleh Membiakkan Mikroorganisma
  • Nak Letak Dalam Rumah Juga Guna Tanah Ini
  • Boleh Guna Air Tapi Kena Rajin Tukar
  • Jauhi Dari Kanak-Kanak
  • Bahaya Juga Untuk Haiwan Peliharaan

Boleh Membiakkan Mikroorganisma


Bagaimanapun, seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.

Lihat Juga  Cara Mintak TNB Baca Semula Bil Elektrik Anda

Menurut Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Pokok Lidah Jin Jejas Kesihatan Jika Tanam Dalam Rumah - Pakar 1

“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata.

“Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).

“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Lihat Juga  Cara Bayar PTPTN Guna Potongan Gaji

Nak Letak Dalam Rumah Juga Guna Tanah Ini


Menrutnya lagi terdapat alternatif kepada tanah jika ingin menyimpan pokok itu di dalam rumah antaranya tanah liat yang dikembangkan atau Leca, sabut kelapa, sekam padi, ‘perlite’ iaitu sejenis mineral hasil letusan gunung atau menggunakan kaedah hidroponik.

Pokok Lidah Jin Jejas Kesihatan Jika Tanam Dalam Rumah - Pakar 2
Contoh Tanah Sabut Kelapa

Boleh Guna Air Tapi Kena Rajin Tukar


“Boleh juga gunakan air sahaja namun harus rajin menukarnya untuk elak nyamuk bertelur dan mengurangkan mikoorganisma bermandiri.

“Aktiviti mikoorganisma mudah dikesan iaitu dengan kehadiran bau kurang menyenangkan daripada bekas atau bahagian yang terendam seakan berlumut,” jelasnya.

Pokok Lidah Jin Jejas Kesihatan Jika Tanam Dalam Rumah - Pakar 3

Jauhi Dari Kanak-Kanak

Lihat Juga  Bahagian Ayam Dan Keratan Bahagian Ayam

Pokok Lidah Jin Jejas Kesihatan Jika Tanam Dalam Rumah - Pakar 4

Selain itu, Pusat Racun Negara melalui laman fb nya menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam

Pokok Lidah Jin Jejas Kesihatan Jika Tanam Dalam Rumah - Pakar 5

Bahaya Juga Untuk Haiwan Peliharaan


Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.

P/S : Sekarang ni ramai yang jual pokok ni, harga sekitar RM150 pun ada, pendapat admin kalau nak tanam gak boleh letak diluar rumah lebih selamat, seperti pokok-pokok biasa yang anda tanam sebelum-sebelum ini.

Sumber Rujukan :

  • Bernama (Lidah Jin)
  • Pusat Racun Negara

Menu Utama

  • Bantuan
  • KPM
  • KWSP
  • Portal Rasmi
  • Jawatan Kosong Kerajaan 2023
  • Islam
  • Gosip Artis Malaysia
  • Hardwarezone
  • Techcentral
  • Isu Semasa
  • Resepi
  • Bola Sepak
  • Tempat Menarik
No Result
View All Result
  • About Us
  • Contact Us
  • Data Protection Notice
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Sitemap Portal Malaysia
  • Term & Condition

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3

  • 0shares
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger
  • Facebook
  • 0shares
  • 0
  • 0
  • 0
  • Facebook
  • Facebook Messenger
×