PKP, PKPB, & PKPP Dilaksanakan Semula Bermula Rabu Ini

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dan Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) dilaksanakan bermula 13 Januari 2021 12 tengah malam rabu.

👉Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pulau Pinang, Selangor, KL, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah dari 13 hingga 26 Jan

👉Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dari 13 hingga 26 Jan

👉Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) di Perlis dan Sarawak dari 13 hingga 26 Jan

👉Aktiviti sosial libatkan perkumpulan ramai termasuk kenduri kahwin, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam tidak dibenarkan

👉Pergerakan rentas negeri seluruh negara tidak dibenarkan

👉Bagi kawasan PKP, pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan

👉KKM akan buat penilaian risiko berterusan untuk putuskan sama ada PKP ini akan tamat atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu itu tamat

👉MITI, KKR akan perincikan jenis perkhidmatan penting dan kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi

👉Hanya 30 peratus kakitangan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat, dari kumpulan sokongan akan ditentukan oleh majikan

👉KPDNHEP beri jaminan bekalan sektor peruncitan mencukupi

👉Hanya perkhidmatan ‘take-away’ dibenarkan di kedai makan dan penjaja di kawasan PKP

👉Arahan bekerja dari rumah (WFH) dikuatkuasakan bagi sektor yang tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan penting

👉Pasar raya, klinik, hospital, farmasi dan bank di kawasan PKP dibenarkan beroperasi namun pada tahap berjaga-jaga

👉Kedai makan dan penjaja di kawasan PKPB, PKPP dibenarkan beroperasi seperti biasa

👉Maksimum lima orang terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan di kawasan PKP

👉Calon SPM sesi 2020 dan 2021 di kawasan PKP dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP ketat

👉Kajian Klinikal Fasa 3 vaksin #COVID-19 akan bermula 21 Jan ini di sembilan hospital KKM

👉Pemerintah mengizinkan lima sektor ekonomi, iaitu industri dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi, beroperasi

👉Malaysia dijangka terima bekalan vaksin Pfizer fasa pertama hujung Februari ini

👉Kerajaan dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi perolehan vaksin

👉Malaysia jadi negara pertama luar China untuk kajian calon vaksin ‘inactivated #COVID-19

👉15 hospital #COVID-19 catat kadar penggunaan katil COVID-19 (bukan ICU) lebih 70 peratus

👉Lebih 1,450 anggota perubatan hospital kini dijangkiti atau terpaksa jalani kuarantin, tidak dapat bertugas

👉Penggunaan katil ICU untuk pesakit #COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur dan PPUM capai 100 peratus manakala Hospital Sungai Buloh capai 83 peratus

👉Banjir dan peningkatan kes di beberapa negeri sukarkan proses mobilisasi anggota dalam negeri dan antara negeri

👉Aktiviti sosial sewaktu PKP tidak dibenar demi kekang penularan COVID-19

Sumber Berita Sahih Dari : Bernama

Muat Turun Teks Ucapan Perdana Menteri Sebentar Tadi

Penafian – Semua yang admin kongsikan diatas sekadar panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “PKP, PKPB, & PKPP Dilaksanakan Semula Bermula Rabu Ini” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!