Terdapat satu program di bawah inisiatif Yayasan Perak dan program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan.
Pinjaman Tabung Usahawan Perak B40 ini adalah bertujuan untuk membangunkan masyarakat dan meningkatkan pendapatan lestari dalam membangunkan ekonomi pembangunan Perak.
Pinjaman Tabung Usahawan Perak B40
Objektif program ini juga adalah seperti berikut :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
📝untuk melahirkan usahawan IKS dan usahawan muda yang berpotensi melalui bimbingan serta latihan pembangunan.
📝Selanjutnya saya kongsikan perkembangan dan maklumat tentang pinjaman Tabung Usahawan Perak B40 2020 ini :
Konsep Program
📌Program Pinjaman Tabung Usahawan Perak B40 ini adalah tujuan untuk membantu peniaga-peniaga mengembangkan perniagaan dengan menawarkan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah dan skim ini adalah pinjaman jangka pendek.
📌Tempoh pinjaman adalah sehingga 5 tahun bergantung pada jumlah pinjaman yang mereka buat.
📌Jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada peniaga adalah dari RM 3, 000 sehingga RM20, 000
Syarat Permohonan
Jika anda ingin mebuat pinjaman dari program Tabung Usahawan Perak B40 ini, anda haruslah menepati syarat-syarat seperti di bawah :
✅Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10
tahun di Negeri Perak
✅Pemohon dan pasangan merupakan seorang Warganegara Malaysia
✅Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun
/ syarikat GLC / syarikat Berhad
✅Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak
✅Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian)
✅Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah.
✅Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak. Dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
Jenis Peniagaan Yang Ada Dalam Skop
Perniagaan yang dijalankan yang berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak dimana perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.
Antara perniagaan yang berada diluar skop pembiayaan adalah:
🔍Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru)
🔍Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online
🔍Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya
🔍Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi
🔍Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula
🔍Perniagaan bermusim
🔍Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah ) dan sebagainya.
Kontraktor Pembangunan
Dokumen Yang Diperlukan
Dibawah saya kongsikan senarai dokumen yang perlu ada jika anda ingin membuat permohanan pinjaman ini :
Borang / Surat Permohonan (wajib)
📂Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan) – (wajib)
📂Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya
📂Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
📂Pelan lokasi perniagaan
📂Surat Sokongan Wakil Rakyat / Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK
📂Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini* Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.
Cara Membuat Permohonan
Jika anda ingin memohon pinjaman Tabungan Usahawan Yayasan B40 ini, anda boleh mendapatkan borang permohonan di tempat- tempat berikut :
🔖 Pejabat Yayasan Perak
🔖 Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
🔖 Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
🔖Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu
Anda juga boleh memuat turun Borang Permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan di laman web Yayasan perak [borang permohonanan]
Dibawah saya kongsikan secara ringkas tentang maklumat yang perlu anda lengkapkan di dalam borang permohonan :
✔️Butiran Permohonan (maklumat peribadi pemohon)
✔️Butiran Waris
✔️Butiran Penjamin
✔️Butiran Tanggungan
✔️Butiran Perniagaan
✔️Pengesahan Pemohon
✔️Perakuan dan pengesahan penghulu/MPKK
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut tentang Pinjaman Tabungan Usahawan Yayasan B40, anda boleh rujuk ke :
📍Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak)
Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,
No 111, Jalan Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
📍Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan Yayasan Perak)
No.26C, Persiaran Greentown 6
Greentown Business Centre
30450 Ipoh, Perak
☎️ 05-246 099