Pingat Gangsa Disambar “GARUDA”! Selepas Gagal Dalam Penentuan Sepakan Penalti!


Sukan Sea Hanoi. Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Skuad B-23 Malaysia terlepas kilauan pingat gangsa dalam acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh semalam.

Perlawanan masa penuh tamat dengan keputusan seri 1-1 namun penentuan sepakan penalti yang menjadi duka buat Malaysia walaupun perlawanan lebih didominasi oleh Malaysia.

Aksi sengit yang ditampilkan oleh kedua pasukan nyata memberi debaran buat para penyokong apabila Malaysia dan Indonesia saling berbalas serangan serta banyak percubaan berbahaya dijelmakan sepanjang perlawanan.

Malaysia jelas pasukan yang lebih baik sejak dari awal permainan dan kerap melakukan percubaan ke gawang lawan tetapi sering dikecewakan dengan ketumpulan penyudah.

Namun kekebalan pertahanan antara kedua-dua pasukan ternyata mengimbangi perlawanan dengan mematahkan serangan berbahaya yang dilakukan. Namun tiada sebarang jaringan sehingga masa rehat.

Ketua jurulatih, Brad Maloney, memasukkan tiga pemain menyerang baru dalam babak kedua iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Hadi Fayyadh Abdul Razak dan Hairiey Hakim Mamat dalam usaha memburu gol kemenangan dan Malaysia kali ini dihidangkan dengan siri peluang keemasan tetapi masih belum dapat menembusi kubu lawan.

Hadi Fayyadh menggegarkan tiang gol lawan sebaik perlawanan bersambung sebelum rembatan deras Azam Azmi Murad ditepis keluar Ernando.

Luqman Hakim turut mempunyai peluang hasil gerakan solonya dari sebelah kiri tetapi sepakan terakhirnya melambung tinggi. Akibat daripada kegagalan itu, Indonesia akhirnya berada di depan hasil satu serangan mengejut, di mana Ronaldo memanfaatkan hantaran pendek Marselino Ferdinan sebelum menewaskan Rahadiazli Rahalim pada minit ke-69.

Pemain muda negara jelas tidak mudah untuk mengaku kalah dan penyudah Hadi Fayyadh yang sempat terbias ke bahu pertahanan lawan telah membawa Malaysia ke penentuan sepakan penalti pada minit ke-81.


Bagaimanapun, Nasib jelas tidak menyebelahi mereka dalam penentuan itu di mana Hadi Fayyadh dan Luqman Hakim gagal menyempurnakan sepakan masing-masing untuk membenarkan Sang Garuda memenangi pingat gangsa.

Disclaimers – Semua artikel kami share diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Pingat Gangsa Disambar “GARUDA”! Selepas Gagal Dalam Penentuan Sepakan Penalti!” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia